Khamis, 9 Jun 2011

Movie Review : Karak the movie


Kabare you guys semua..

Jarum jam kat tangan Jay dah dekat pukul 1.00 am..mesti hampir semua dari you all tengah nyenyak beradu skrang kan..huhu.

Jay baru balik dari tengok movie Karak tadi kat TGV and seperti yang Jay janjikan Jay nak buat review tentang filem Karak ni on June 08th so korang seat tight and enjoy the ride okay.

Sejujur-jujurnya Jay rase macam tak berbaloi sangat bayar movie kalau movie setakat macam ni.

Beberapa hari lepas kawan Jay baru je bagi tau Jay menyesal sangat tengok cite ni kat cinema sampai kan dia bagi rating 0 over 10.

Teruk sangat tu..so maybe lain orang lain taste nye so Jay nak tau sangat ape yang sampai dapat kosong ni so pegi la tengok sendiri.

Memang betul rase macam menyesal pulak tengok drive jejauh sekadar dapat tu aje..padan la kalau cite melayu je ramai yang beli dvd pirate sebab macam membazir 13 hengget just dapat tu aje..nasib baik takde 3D..huhu.

To be frank memang jalan cite takde pape..dari beginning plot..middle plot sampai la ke ending plot tak nampak ape yang yang nak cube di sampaikan.

Takde peak takde low mendatar sekadar dengar jeritan orang terperanjat sebab Edry buat penataan bunyi yang bole buat gugur jantung sebab suspens sangat bunyik nya.

Mintak maaf la abang abang kat KRU ye..tapi memang takde story line langsung.


Kalau korang nak tau cite ape..dari pengamatan yang Jay tengok la..cite ni pasal 4 orang student nak pegi menghala ke Kuantan tapi tersekat pulak kat Karak sebab terlibat dalam accident sebab mengelak nampak hantu.

Tu yang Jay nampak la..tapi memang sorry sangat kalau Jay cakap kalau korang banyak duit nak di perhabiskan tengok movie..sila lah tengok..memang confirm habis punye..huhu.

Bagi Jay cite ni lebih kepada nak menunjukkan kepakaran anak tempatan Malaysia start main CGI dan graphic technic yang terlampau baru bagi kite semua sedangkan kat negara pengeluar filem benda ni adalah benda last dalam line story board dorang.


Maybe jugak nak test equipment baru kat studio baru KRU kat cyberjaya kot.

Kalau tengok kan la..filem Starwars dan filem transformers ke..dan itu sebahagian aje la..mengambil masa bertahun dan ada yang sampai berdekad planning nya baru la bole release.

Sebab tu hampir semua complete sebab planning bertahun tapi berbaloi.


Kalau kawan Jay bagi 0 per 10..Jay bagi up sikit la 1 per 10 sebab dari segi CGI memang tak dapat di nafikan superb jugak la.

Dari segi prop master dan make up pulak..please la hire atau pun ambik pakar sikit dalam buat make up horror horror ni.

Zaman tepek tepek layer atas muke ni dah lama berlalu dah..baik pakai handy plus je tepek atas muke.

Bayar le lebih sikit buat latex mask ke or pakai la idea professional sikit dari hollywood ke at least result dia takde la teruk sangat.

Company dah besar so biar la budget dia tu proper sikit untuk benda benda kecik tapi impact nya significant macam ni.

Satu scene yang Jay perasan tak berapa nak logic sangat la..yang Jay nak comment la..sebab nampak sangat..sebenarnye banyak lagi scene yang tak logic tapi nanti nanti la..yang ini Jay nak comment dulu la.

Dalam perjalanan ke Karak ada part di mana watak Ida tengah pakai lip stick dalam keta..so nak betul kan sikit la..lampu inside keta atau pun lampu reading lamp tak pasang la kak..area tu tak nampak sangat kak so cakap terus terang tak nampak bibir pun kak tapi kalau kat set shooting memang la nampak sebab lampu kiri kanan.

Pakai common sense sikit la nak buat benda tu.

Belajar kan tinggi so guna la ilmu yang tinggi tu.

Jangan orang cakap movie kat Malaysia ni takde wawasan or takde hala tuju.

Kalau korang yang dah tengok cite ni..mesti seram bile tengok part memula Zura tercampak keluar dari keta kat tengah hutan pastu ada character nenek tua kacau Zura.

Mesti masa tu seram sikit sebab scenery gelap dan terbayang bayang muka tak berapa nampak tu tapi bole character tu berlawan dengan Zura kat atas kubur di akhir akhir babak mesti dah hilang rase seram sikit sebab dah nampak real topeng muke bergerak gerak.

Macam topeng filem Scream pulak..huhu.

So rasenya ni je la kot Jay nak review..kang cakap lelebih ada pulak yang terguris pulak..huhu..sebab ramai orang kite ni tak bole terima komen berguna..semua benda di anggap negetif.

Korang layan dulu official trailer filem ni kat bawah ni okay.


So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and korang kalau nak tengok pi la tengok dan kalau dah tengok bagi tau Jay ulusannya okay.

Jay bagi 1 out 10 untuk movie ni

Nantikan review Filem seterusnya okay..

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..

Janji pegi tengok okay - Jay the Editor


Jom vote sape paling cute
Bina laman web hanya dengan RM79! dengan WebberEcommerce
Hanya RM28 untuk kelihatan menarik!
Suft internet 6x lebih pantas dengan Opera Mini
..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :