Selasa, 14 Jun 2011

Gempa bumi 5.9 magnitud di Sumatera Utara

BANGUNAN Kerajaan Komplek E, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya


Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia. Beberapa kawasan di Lembah Klang merasai gegarannya sekitar jam 8.00 pagi dan disusuli gegaran kedua pada 11pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Semua kakitangan dan orang awam diarahkan keluar dari bangunan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Pihak bomba hadir sama untuk memeriksa tahap keselamatan bangunan.

Sumber gambar : Berita Harian


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :