Khamis, 19 Mei 2011

Pengakuan cinta Rozita Che Wan terhadap Shahir

Panas betul cerita pasal si ibu tunggal yang sorang ni. Tak habis2 dengan gosip2 peribadi yang melanda. Maklumlah....orang cantik kan......artis plak tuh...mestilah semua orang nak tau citer2 gosip2 cinta ni.

Baru2 ni panas pasal pengakuan Rozita Che Wan terhadap artis realiti Shahir.....betul ker?....huhuhu..........kalau betul mesti jadi gosip paling hot...huhuhu....jom kita baca pengakuan diaorg...


Pengakuan Rozita Che Wan
Bukan niat nak berselindung. Malah ada rakan media yang sudah mengetahui mengenai hubungan kami, tetapi mereka menghormati permintaan saya untuk tidak dihebahkan. Cuma saya tahu dia (Shahir) perlu menjaga hati ramai orang, termasuk peminatnya. Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami. Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah

                           Pengakuan Shahir


Sampai masa yang sesuai, saya akan berterus-terang dan cakap perkara sebenar. Saya bimbang kenyataan atau komen ini akan disalah erti pihak tertentu. Pihak tertentu ini juga bukan merujuk kepada peminat. Cukup saya katakan, saya ada sebab tertentu untuk berdiam diri lagi sehingga ke saat ini. Saya yakin Cik Ta (panggilan kepada Rozita) juga memahami apa yang saya lalui. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan. Biar reda kehangatan ini, saya dengan sendirinya akan bersuara. Saya yakin setiap persoalan ini pasti ada jawapannya.

Wahhh......apa2 pun hanya mereka berdua tahu cerita sebenar ....adakah mereka berdua betul2 dilamun cinta....tapi macammana plak statement keluarga Shahir yang mengatakan tak mungkin Shahir kawin dengam Rozita.......huhuh...kita tunggu dan lihat saja.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :