Rabu, 18 Mei 2011

Going Places : Restaurant Red Wok Bangi.


Selamat petang guyss and GurllsS at lepak.com.my

Korang semua pe kabar..??..korang dah makan ke..??..hari ni dah start keje kan..arghhhh..huhu..macam malas nak gi keje..tapi the best part is semalam cuti..so Jay pun ambik kesempatan untuk merayap makan makan kat luar sana..best best best.

So tercube pulak la satu restoran ni yang memang Jay baru tau semalam..huhu..sedih betul..dah setahun tempat ni bukak tapi baru tau semalam.

Tempatnya kat Bangi..so korang pun tau la kan Bangi dan Kajang ni syurga kepada kaki makan sebab banyak variety makanan kat area ni plus makanan sedap..environment cozy dan harga pun takde la cekik sangat macam kat KL tu.


Untuk slot Going Places Jalan Cari Makan kali ni Jay nak bawak ke tempat ni dan nama restoran ni ialah Restaurant Red Wok dan lokasinya kat Bangi Seksyen 7 dekat dengan area JPJ Bangi dan terus terang Jay boleh bagi 5 bintang out of 5 bintang sebab menepati semua kriteria yang Jay surveykan.

Memang terus terang Jay cakap korang kene cube tempat ni sebab..sebab semua perfect..dari segi masakan sampai la ke servis..tapi make sure korang bebetul lapar sebab portion dia takde yang kecik..bak kata orang melayu memang makan style mentedarah.

Dari segi harga..takde la mahal sangat..tapi okay la.

Style makanan memang masakan ala Bangkok..so kalau korang nak rase lebih kurang original tomyam macam kat thailand memang kat sini la tempatnya..pekat dia semua sama cume colour je tak sama sebab kat Bangkok warna tomyam nya jernih tapi kat sini warna standard..taste dia lebih kurang macam perahu pecah.

Jay memang kalau dah gi survey..buat survey bebetul..huhu..so kene la makan bebetul..sampai kalau bole satu buku menu nak cube..tapi Jay ambik yang di recommend kan oleh chef la..atau pun Chef's Recommendation la.



Team lepak pun cube la Nasi Goreng Belacan, Nasi Goreng Ikan Bilis Halus, Nasi Goreng Tomyam dan Tomyam restoran ni jugak..dan..ternyata memang tak mengecewakan..sampai tak larat Jay nak abis kan.

Kalau you all tengok image image yang Jay sediakan pakai IPhone 4 Jay yang baru dibeli..huhu..so you all bole faham portion dia memang la banyak..kalau orang melayu panggil makan style talam la..huhu.

Dari segi presentation meja tu takde la sampai taraf hotel 7 bintang tapi sekadar memadai untuk menjadikan sebuah ambiance yang menarik untuk korang melepak meeting or minum kat sini..dengan ada pulak angin dari kiri dan kanan sebab kan restoran ni open air so terasa macam kat PD pulak.


Berbeza dari makanan style restoran Kelantan yang Jay pegi sebelum ni..restoran ni ada tarikan istimewa sebab ada Steam Boat waktu malam harinya dan korang kalau datang time dinner silap silap kena bawak tikar sendiri sebab memang jamm packed.

Walaupun luas restoran ni mampu menempatkan 400 seat dalam satu satu masa tapi kalau salah time korang kene tapaw la..memang takde tempat duduk.

Lagi skali Jay cakap terus terang Jay bole bagi perfect 5 stars.

Ape yang Jay ulas ni adalah pandangan professional Jay sahaja tanpa pengaruh mana mana pihak dan mungkin berbeza pendapat dari orang lain.

Satu je yang Jay tak berapa nak terima is..hidangan dia tak bole nak alter..contohnya kalau ke restoran biasa kite bole request banyak mana kite nak..maybe nak setengah ke..or lebih ke..tapi kat sini dia dah ada SOP so chef kene ikut standard portion tu.

Selain dari tu semua tip top.


Untuk note you all restoran ni tutup awal..tak la selambat kedai mamak tapi awal jugak la dalam pukul 1 macam tu..sebab nya malam hari yang sama Jay nak repeat dengan budak budak BMW Axis around pukul 1..sampai sampai dah closing dah..so korang kalau nak makan kene la datang awal sikit.

Jay recommend tempat ni kalau you all terasa nak pegi try makan makanan perfect dan kalau korang kurang info dan nak kan info lebih pasal tempat ni just email kat Jay detail yang diperlukan dan Jay akan reply okay.

So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat Jay rakamkan untuk tatapan..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit dan Jay tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala dah nampak nasik..

So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan

Okay la..

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.


or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-778 7785

Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
 
Selamat menjamu - Jay the Editor

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :