Isnin, 30 Mei 2011

Damnoen Saduak Floating Market , Bangkok



Percutian kali ni ialah nak bawa korang semua ke Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok. Kalau berkunjung ke Bangkok tak sah kalau tak datang ke Floating Market ni. Perjalanan dari Bangkok mengambil masa kira-kira 2 jam.

Tour di Floating Market ni dengan menaiki bot yang disediakan. Boleh memuatkan dalam 10 orang satu bot. Kita akan dibawa menyusuri sepanjang pasar ni. Macam-macam barangan yang dijual. Dari makanan sehinggalah perhiasan, baju dan sebagainya.

Pada satu2 masa, di Floating Market ni akan jadi sesak sebab banyak bot akan berhenti setempat dalam satu masa. Tapi ada satu benda yang saya tak akan beli....huhuhu...makanan yang dijual sebab diaorg ni guna air sungai untuk basuh pinggan mangkuk.....ishhh..tak gamak nak makan ehhh....sebab nampak dengan mata sendiri....

Sepanjang perjalanan ke Floating Market ni jugak ada penempatan orang2 kt sini.....kadang-kadang terpikir macammana lah diaorg ni boleh hidup dengan rumah terapung kat air kan.....guna air sungai tu untuk membasuh dan sebagainya...mungkin dah cara hidup diaorg kot....huhuh....

Tapi rugilah kalau korang tak merasa ke Floating Market ni sebab dapat merasa membeli belah atas bot!!!...

Jom kita layan dulu gambar-gambar sepanjang di Floating Market ni.











lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :