Ahad, 15 Mei 2011

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang



Baru- baru ni saya telah menghadiri satu Seminar anjuran AIM-FORCE di Colmar Tropicale Bukit Tinggi , Pahang. Perjalanan dari Kajang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Tak lah lama sangat kan......Kebetulan datang waktu bekerja so tak ramai sangatlah orang kecuali beberapa orang pelancong dan yang datang seminar.

Disebabkan datang untuk seminar so tak sempatlah nak melawat tempat2 lain. Selain Colmar Tropicale, di Bukit Tinggi ni ada banyak tempat yang boleh dilawati contohnya Japanese Village atau Japanese Garden, Rabbit Farm dan aktiviti dalaman. Colmar Tropicale ni dibina ala2 france. Direka berasaskan perkampungan Colmar di Alsace, France pada abad ke-16.


Colmar Tropical dibangunkan oleh Berjaya Hill cukup terkenal dengan bangunan-bangunan dan suasananya yang betul-betul terasa seperti berada di Eropah. Cuaca pun sejuk. Tapi masa saya datang ke sini, cuaca tak sejuk sangat dan taklah panas sangat.

Makanan yang dijual di sini pula agak mahal dan makanan yang dijual adalah makanan Western. Bayangkan sandwich pun dijual dengan harga RM4.00! Nasib baik datang atas tiket seminar, dapat jugak makan free....huhuhu.....

Bilik dia best jugak, dapat yang mengadap padang golf.

Mengadap padang golf







 Kalau nak santai2 ada tempat untuk main golf dan bowling.



Antara tarikan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi














Ini sajalah serba sedikit tentang Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Tempat ni memang sesuai untuk korang yang sukakan ketenangan dari hiruk pikuk bandar. Untuk pasangan yang bercinta dan yg nak honeymoon pun sesuai tetapi kalau lebih sukakan aktiviti lain yg mencabar, tidak digalakkan ke sini sebab takut korang bosan....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :