Tempat percutian yang korang boleh pergi dihujung minggu adalah Sungai Gabai, Hulu Langat. Tempat ni memang sesuai kalau korang nak merehatkan badan sambil berkumpul bersama keluarga. Kalau tak silap last saya datang sini adalah tahun lepas.
Pintu Gerbang mengalukan kedatangan pengunjung |
Dari tempat meletak kenderaan ni lebih tahan penat jugaklah nak berjalan nak masuk ke dalam ....huhuh..maybe saya ni tak biasa exercise kot...korang perlu berjalan beberapa meter untuk sampai ke kolam sungai pertama..Sampai je area air terjun memang ramai giler orang kat bawah ni bermandi manda.. Kalau korang nak best sikit...naik tangga sebab Sungai Gabai ni ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.
Sungai ini merupakan sungai yang berasaskan Sungai Lui dan menjatuhkan terjunan air setinggi 100 meter ke beberapa siri kolam di kaki terjunan.
Anak tangga sesuai untuk latihan pendakian |
Antara pemandangan dari atas |
Okaylah, sedikit info tentang Sungai Gabai
Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak atau air terjun Sungai Tekala.
Ada banyak pondok rehat yang dibina pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.
Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.
Di Sungai Gabai terdapat sebuah perkampungan orang Asli yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Sungai Gabai. Terdapat kira-kira 12 buah rumah Orang Asli suku Temuan di sini. Rumah-rumah mereka daripada kayu menyerupai rumah peneroka FELDA. Rumah-rumah ini dibina dengan bantuan kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Beberapa rumah baru, dibina daripada baru.
Keadaan rumah tidaklah begitu terurus, tapi bekalan elektrik ada. Mereka mendapat bekalan air daripada Sungai Gabai yang diempang secara kecil-kecilan sahaja. Ada paip PVC dari air Sungai Gabai ke rumah mereka. Kebanyakan mereka memelihara anjing bagi menjaga keselamatan mereka ketika memburu di dalam hutan. Ada sebuah bangunan seperti surau di kampung ini.
Sumber : wikipedia
p/s: So apa lagi......jomlah berkelah2 di Sungai Gabai....