Jumaat, 1 April 2011

Tips tingkatkan trafik blog anda


Sebelum ni saya ada buat satu entri pasal Tingkatkan trafik blog/website dengan ping blog iaitu tempat-tempat yang korang boleh ping kan update blog korang tu setiap kali ada entri baru. Walaubagaimanapun ada banyak lagi cara untuk korang tingkatkan trafik blog korang, antaranya ialah

1. Ping blog setiap entri yang diupdate ke beberapa ping blog website. Setiap entri baru korang tu seboleh2nya ping kan ke semua website tersebut kalau rajinlah kan. Antara tempat untuk ping yang paling popular ialah di innit nuffnang dan gengblogger. Sebagai contoh, di Gengblogger dan innit nuffnang memang tempat blogger2 berkumpul so untuk mendapatkan trafik dari sini amat cerah. At least sekali sehari korang pinglah entri korang tu yer. Janganlah malas2 kay.

2. Selalulah exchange link dengan blog-blog lain. Bila  kita exchange link dengan orang lain secara tidak langsung akan membawa orang lain ke blog kita. So, bila kita lawat ke blog lain silalah exchange link yer. Jangan lupa jugak exchange link dengan saya kt sini jugak....huhuhu........Tukar2 banner pon ok.

3. Pastikan tajuk enri korang tu menarik minat untuk orang baca. Letaklah tajuk-tajuk panas contohnya cara jana duit, perniagaan online, gosip semasa, buat duit dengan berblog dan sebagainyalah. Kalau korang letak tajuk2 panas confirm dapat naikkan trafik blog korang. Make sure korang selalu ikuti perkembangan semasa supaya bila orang cari berkaitan isu2 tu jumpa blog korang. Sebab tu tajuk memainkan peranan yang penting masa korang post entri korang tu k.

4.  Rajin2lah blogwalking kat blog lain. Bila singgah kat blog lain tu tinggalkanlah jejak korang kat situ. Janganlah malas2. Kalau kita malas orang pun malaslah nak jugak nak jenguk blog kita. Biasanya kebanyakan blog ada ruangan Shoutbox, so korang tinggalkan jejak kat situ.

5.  Kalau korang ada letakkan gambar, namakan gambar korang tu dengan nama yang sesuai dengan tajuk entri korang tu. Contohnya, kalau ada orang cari gambar pasal tsunami, kalau nama tajuk gambar korang tu berkaitan dengan tajuk yang dicari, kemungkinan untuk orang masuk blog korang adalah cerah dan secara tak langsung akan menaikkan trafik korang. Cubalah okay.

6. Joinlah seberapa banyak forum yang ada dan secara tak langsung kita akan dikenali dan sambil2 tu bloleh promote blog korang. Selain daripada promote blog, korang akan dapat kenalan dari serata dunia. Ada beberapa forum yang korang boleh join antaranya ialah SyoknyerBlogging. 

7.  Update blog korang sekerap yang mungkin (tambahkan artikel2 baru). Lagi bagus setiap hari 5 artikel ker..huhuhuhu...satu pon dah cukup.....lepas tu ping blog korang tu. Janganlah malas2 nak update blog tu. Nanti orang pun malas nak masuk blog korang sebab tak ada cerita terbaru.

8. Rajin2kanlah untuk masuk blog orang lain dan bagi komen. Jgnlah jadi silent reader. Kalau kita komen kt blog orang lain, pemilik blog sure rasa dihargai bila ada org masuk blog diaorg dan bagi komen.

9. Kalau korang ada akaun facebook, twitter dan lain2 promote lah kat situ. Letaklah URL blog korang tu kat status facebook atau twitter supaya orang lain tau URL blog korang. Kiranya macam promote secara tak langsung lah.

Okaylah, setakat ni saja tips yang boleh diberikan dan kalau korang ada tips lain, bolehlah berkongsi kat sini k.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :