Jumaat, 1 April 2011

Sejarah Dunia 31 Mac : Eiffel Tower dibuka.


Hollaaa...lepak.

Selamat tengahari di hari Jumaat yang mulia ini.

Kalau you all perasan Jay terlambat update column ni by one day sebab Jay memang sibuk sikit dengan urusan kerja and staff pulak ramai cuti so material yang Jay nak slow sikit dapatnya.

So papehal pun Jay akan cube usahakan yang terbaik untuk you all semua dan untuk 01st April punya column Jay akan buat write up pasal sejarah April Fool yang orang selalu sebut bile masuk bulan April tapi tak tau menda pasal history nya.

Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah March 31st, 1889, Eiffel Tower dibuka dengan rasminya di Bandaraya Paris atau dikenali dengan bandaraya kasih sayang.

Jay pernah pegi sini sekali je seumur hidup Jay masa blaja kat London dulu naik Euro train dengan bebudak satu batch JPA time musim panas.

So itu la kenangan masa kat Europe dulu yang memang takkan dapat dilupakan seumur hidup..so masa pegi tu memang la ternganga mulut tengok sampai ke atas tapi nak naik atas takde la kot..mau muntah sebab gayat tinggi.

The Eiffel Tower atau dalam bahasa Perancis nya La Tour Eiffel dan dalam bahasa melayu nya Menara Eiffel, diberi nama timangan La Dame De Fer bermaksud iron lady.

Dibina di Champ de Mars di bandar kotaraya Paris berkedudukan 48°51′30″ Utara 2°17′40″ Timur.


Menara ni mula dibina pada tahun 1887 sehingga tahun 1889 sebagai gerbang untuk mercu tanda sambutan Exposition Universelle, iaitu sambutan ke 100 tahun Perang Revolusi Perancis atau French Revolution dari May 06th sehingga October 31st 1889.


Diambil sempena nama jurutera struktur Perancis yang membina menara ini iaitu Gustave Eiffel, menara ini dibina menggunakan 300 tenaga kerja pakar dengan menyambungkan 18,038 besi dan dua setengah juta rebet.


Berat besi pada struktur menara ini ialah 7,300 ton dan berat penuh struktur ini termasuk la bukan besi ialah lebih kurang 10,000 ton.


So senang nak bayangkan..kereta kite beratnya lebih kurang 1 ton setiap satu so kali 10,000..itulah berat penuh menara ni.


Menara ni complete dengan tempat makan dan lif untuk naik ke atas tapi kalau gayat tak yah la naik..buat habeh boreh jo..bukan jadi enjoy tapi jadi masalah nanti kat atas tu.


Masa memula menara ni dibina ramai yang kritik sebab akan datangkan masalah pada kota raya Paris ni dan ada yang cakap sakit mata tengok benda ni nak siap..tapi yang best tu bile dah siap depa yang memula suke.


Ramai orang kenamaan yang datang melihat menara ni contohnya Thomas Edison dan juga Adolf Hitler.


Menara Eiffel ni pernah pegang rekod menara buatan manusia tertinggi di dunia dengan ketinggian 324 meter atau 1,063 kaki tinggi selama 41 tahun sebelum di kalahkan dengan Bangunan Chrysler pada tahun 1930.


Tahun ni adalah sambutan ke 122 tahun menara ini siap dibina dan dibuka dengan rasminya.


So ini la secera ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh March 31st bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada March 31st tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.


Menara Eiffel siap dibina dan dibuka dengan rasminya.


Okay la..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :