Sabtu, 16 April 2011

Sejarah Dunia 16 April : Birthday Rapper AKON

Morning peepssSs..

Sorry ye Jay lambat sikit update column ni..huhu..memang Jay memanjang sebok skrang ni..huhu..

Rasanya lepak.com.my memang nak kene hire lagi sorang writer freelance jugak la nampaknya..neway Jay nak cut things short and go straight to businesS okay guyss..jangan marah Jay okay..huhu.

Hari ni ade cite menarik untuk you all..okay..

Bagi segmen Sejarah Dunia kali ni Jay nak buat sejarah pasal seorang penyanyi ikon untuk hip hop industri..tapi bagi Jay sebenarnya dia takde la rap pun..dia lebih kepada R&B or Rhythm and Blues.


Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah April 16th, 1973, birthday penyanyi rap yang menjadi ikon dalam hip hop industri AKON .

Nama sebenar Akon ialah Aliaune Badara Akon Thiam dan nama Akon ni adalah nama timangan dia dan seterusnya dia pakai untuk nama stage or nama pentas dia sampai la skrang.

Dibesarkan dalam keluarga yang memang berdarah ahli musik..huhu..dia diajar bermain instruments music dari kecik lagi oleh bapak dia sebab bapak dia ialah seorang percussionist professional Senegal.

So Mr Mor Thiam ni la yang memula kenalkan dia dalam dunia music..segala macam instruments dia ajar sampai la kan djembe pun dia ajar..huh..??..ape kemende djembe ni..djembe ni ialah instrument yang pemain ketuk pakai tangan tu lebih kurang macam bongo..ala kalau dalam cite P.Ramlee tu panggil bangau.

Kat bawah ni Jay letak gambar djembe ni.


Ikut kata ayah dia..dia memang nak sangat Akon ni lahir kat Amerika supaya dia tak perlu nak lalu proses imigresen yang ketat tiap kali keluar negara..ye la..kat negera Uncle Sam ni memang takut sangat dengan bembayang sendiri.

Mamat ni cume lahir je kat United States tapi dia banyak habis kan hidup dia kat Senegal sampai la dia masuk sekolah menengah baru la dia bebetul duduk kat Newark, New Jersey..ala..mesti tak sure kan kat mana Newark ni..okay la..Jay bagi tau okay..Newark ni dekat je dengan New York..kalau tak tau New York tu Jay tak leh tolong..buta sejarah ni..huhu.


Dikatakan bahawasanya Akon ni bebetul perasan yang dia ada bakat menyanyinya bile dia kat dalam penjara selama tiga tahun atas kesalahan mencuri dan membaraikan kereta dan sejak dipenjara ni jugak la dia menghargai pengalaman dalam bidang ini ketika muda dulu.

Mengikut kata Akon masa interview dulu yang nama penuh dia ialah aliaune Damala Akon Thiam dan dia beragama Islam..ikut kata dia memang dia tak minum sebab agama Islam yang dia anuti tak membenarkan.

Walaupun masih samar-samar tentang nama dan tarikh lahir bebetul dia mengikut undang-undang..di laporkan yang nama betul dia takde Akon kat tengah-tengah tu dan Akon ni amat la merahsiakan tarikh lahir dia..tak tau la kenapa..masalah dunia agaknya kot tapi korek punye korek The Smoking Guns melaporkan nama legal Akon ialah Aliaune Damala Thiam dan tarikh lahir dia memang April 16th, 1973.

Kan teruk orang korek..kalau tak nak jadi celebriti jangan nyanyi..senang..gi pecah keta..huhu..kekadang Jay tak paham la..kalau tak nak jadi pemes buat pe masuk line ni..don't do amaze stuff if you cannot handle the congratulation coz this is what it's all about.

So Jay pun dah banyak keluar tajuk dah..so to cut things short..Jay terus buat sinopsis Akon ok.

Kerier professional Akon bermula bila seorang tycoon kaya dalam dunia music iaitu Devyne Stephens dengar first time Akon nyanyi kat dalam rehearsal hall Stephens bile Lil' Zane bawak dia gi sana untuk audition.

Tempat ni banyak melahirkan artis hip hop dan R&B dunia seperti Usher dan TLC.

So cite selebihnya lebih kurang sama la dan Jay rase korang semua tau perjalanan dunia nyanyian ni kan..kang sign dengan record label ni pastu kuar pastu sambung tempat lain pulak so ding dong ding dong dan Jay malas nak go thru tu kang sampai besok tak abis..huhu.

Tapi papehal pun Jay nak bagi tau hit pertama dia yang buat dia naik is lagu Lonely yang berada kat tangga atas carta Billboard dan lepas tu memang Akon meletup sampai la skrang..huhu..lagu Akon ni antara lagu yang memang dalam deck CD Jay dan antara favourite Jay ialah lagu Sexy Bitch.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 16th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 16th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

By the way..happy birthday AKON..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :