Sabtu, 16 April 2011

Sejarah Dunia 15 April : Mcdonald's pertama di dunia..!


Salam lepak..

Jam Jay dah pukul 2.00 tengahari dah..Jay baru je pekene ayam Kentucky tadi..Korang semua dah lunch ke..??..kepada yang tengah or baru or dah nak abis lunch Jay ucapkan selamat lunch..jangan makan lelaju kan terbegik lak..huhu.

Terlanjur cite pasal makan..Jay ada cite best nak story ngan korang semua.

Bagi segmen Sejarah Dunia kali ni Jay nak buat sejarah pasal salah satu company fast food burger yang paling berjaya dalam dunia.

Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah April 15th, 1940, Restoran Mcdonald's pertama ditubuhkan di dunia.

Perniagaan Mcdonald's ni diambil sempena nama pengasasnya dan juga adik beradik iaitu Richard dan Maurice Mcdonals.


Dorang bukak restoran pertama pada tahun 1940 kat San bernardino California dan core business dorang ialah makanan western yang simple dan mudah disediakan macam burger dan fries..dan pada tahun 1948 dorang kenal kan pulak "Speedee Service System" atau pun sistem servis yang mengutamakan penyediaan makanan secara pantas dan sistem ini jugak la yang diguna pakai oleh semua restoran fast food seluruh dunia tak kire la jenama ape pun.


Maskot memula Mcdonald's dulu bukan la clown pakai gidung merah Ronald mcdonald macam skrang ni tapi lebih kepada simple maskot..chef muka macam burger sikit pastu pakai topi dan pegang sepanduk dan dorang namakan speedee.

Itu maskot lama la tapi dorang tukar so dorang cakap tak catchy ataupun eye puffing so pada tahun 1967 dorang tukar ke badut pakai hidung merah pastu kasut gedabak beso..dan nama dia Ronald Mcdonald dan kanak-kanak suke kan maskot ni sebab tak menakutkan dan orang bile tengok teringat sebab catchy.

Semua benda ni dorang register jadi trademark supaya orang tak leh nak copy suke suke macam mana kite suke copy benda orang..huhu.

Dan pada tahun November 18th, 1968 baru la lambang lengkung warna kuning ataupun dorang panggil double arch tu di gunapakai dan diregister secara sah.

Untuk pengetahuan korang semua..Restoran Macdonald ni dulu bukan la mass pro punye business..lebih kepada kecik-kecik..ada la dua tiga orang pakai company ni bukak kat tempat lain dalam sistem franchise sampai la kan ada satu mamat ni nama dia Ray Kroc seorang sales man datang restoran ni dan berminat nak kembangkan lagi perniagaan ni.

Start dia bukak restoran bersistem kan franchise dia kat Des Plaines Illinois ni la start hit big market dan telah bermulanya legasi satu syarikat besar makanan segera di dunia bermula dari April 15th, 1955.

Sejak itu Restoran pertama mula dibuka di seluruh dunia bermula di Canada, Costa Rica, Panama, Japan, Belanda, Jerman, Australia, Perancis, El Salvador dan Sweden.

Seterusnya Kroc beli pulak semua saham adik beradik Mcdonald dalam syarikat dan dia bawak pulak syarikat ni ke perkembangan global bile syarikat ni didaftarkan dalam bursa saham papan pertama pada tahun 1965.

Mamat Kroc ni dikenali dengan perangai agresif dalam praktikal perniagaan dia sebab kekadang dia memang jenis buang orang lain kalau nak buat sesuatu dan salah satu sebab Jay cakap macam ni is dia memaksa adik beradik Mcdonald keluar dari industri fast food ni.

Come on la..dia pengasasnya..at least ada courtesy la sikit..takde mak bapak takde la anak..dan oleh kerana ini jugak la adik beradik Mcdonald bersengketa dengan mamat kroc sekor ni dalam control company ni.

Kroc ni pun jenis pakai buang punye orang so dalam autobiography yang adik beradik Mcdonald tulis..depa cakap kawasan restoran asal yang pertama dibukak dulu skrang dah tak berfungsi dan dah jadi monumen..huhu..ini la masalahnya bile orang dah lupa diri kan.

Ni la bak kata arwah ayah Jay dulu..ada dua jenis orang yang berjaya..satu yang lurus dan satu yang bengkang bengkok..tapi yang bengkang bengkok ni jugak la yang tau carik jalan balik ke asal usul dia.


Skrang Restoran Mcdonald's terdapat di 119 negara dan 58 juta pelanggan seluruh dunia membeli fast food di Mcdonald setiap hari.

Lebih 31 ribu restoran dibuka dengan kakitangan seramai 1.5 juta orang seluruh dunia..punye la ramai orang makan mcd ni hari-hari..pulak tu ramai pulak staff yang bekerja dengan dorang..huhu.


Kalau korang perasan tak lama dulu memacam keluar berita pasal aktivis menentang Mcdonald sebab dorang cakap penyebab obesiti la..ada pasal animal right la..ada pasal corporate ethic..dan memacam lagi..so ape yang Jay bole cakap is kalau tak suke takpe..huhu..biarkan orang lain suke..sebab Jay pun salah sorang peminat Big Mac..hua hua.


Restoran Mcdonald ni beroperasi antara franchise atau pun rakan perniagaan atau pun corporation Mcd sendiri dan penjanaan pendapatan adalah dari sewaan, royalti dan yuran dari pemegang franchise dan tidak lupa jugak dari jualan dalam restoran yang dioperasikan.

Penjanaan pendapatan pada tahun 2007 aje meningkat 27 peratus kepada 22.8 billion Dollar dan unjuran kenaiakan dalam pendapatan operasi sebanyak 9 peratus ke 3.9 billion Dollar.

Okay..macam biasa Jay akan terkeluar topik sikit..huhu..ni dah jadi sejarah penuh dah bukan sejarah berkenaan dengan tarikh..huhu.

Kalau nak Jay cite detail korang kena bagi tau Jay okay..sebab untuk column ni tak leh lelebih nanti ketua pengarang marah..huhu.

Jay pun ada letak beberapa image yang korang bole go thru dalam write up ni okay..dan gambar kat bawah ni adalam adik beradik Mcdonald's kalau korang nak tengok la..


So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 15th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 15th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Mcdonald history.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :