Selasa, 12 April 2011

Sejarah Dunia 11 April : Shogun dihapuskan.


Salam 1 Malaysia lepak..

Korang dah balik keje blum..Jarum jam kat tangan dah pukul 6.00 pm dah..hari senin ni udah-udah la keje tu..lepak kejap ke..kang stress pulak ubun-ubun kepala tu..huhu.

Jay macam biasa la..kepala tengah bergeliga ni..memacam idea nak write..kang korang mengeluh lak takde latest..so untuk memuaskan nafsu serakah pembace kat lepak Jay nak sambung write-write..pecah gak la kepala nak buat ayat..huhu..tapi best sebab otak tak beku.

Untuk column Sejarah Dunia petang ni..Hari ini dalam sejarah April 11th, 1868, sistem Shogun Jepun dihapuskan.


Shogun.., "ala..aku tau tu"..tu la yang orang slalu cakap kat Jay bile tanya pasal sejarah famous Jepun ni..tapi kalau tanya amende Shogun tu confirm sampai berkerut dahi nak memikirkan jawapannya.

So..ini keje Jay dan lepak.com.my nak bagi penerangan secara ringkas untuk korang semua sebab tajuk kali ini berkaitan dengan sejarah Shogun.

Shogun 将軍  dalam bahasa Jepun nya bermaksud " Panglima angkatan tentera" ialah pangkat tertinggi tentera pada ketika itu dan kuasa pemerintah ini kebanyakkannya diturunkan dari keluarga terdahulu melalui sistem diktator tentera di Jepun..dalam erti kata lain orang lain tak bole ambik pangkat tu melainkan kalau ayah turun kan kat anak dan seterusnya.


Shogun dalam sistem pangkat atau rank pada zaman moden ni adalah lebih kurang sama dengan General sebab maksud secara senang nak pahamnya pun memang "General" aje dan berasal dari perkataan Seii Taishogun 征夷大将軍   

Sejarah Shogun bermula pada zaman Heian yang bertakhta dari (794 hingga 1185) dan title ni diberi kepada Pemerintah Tentera dalam kempen Maharaja menentang pemberontak Emishi yang ingin menggulingkan sistem Maharaja Jepun.

Orang pertama yang memegang title Seii Taishogun ni dalam sejarah ialah Otomo no Otomaro..macam ultraman Taro la pulak..huhu..nama memang susah nak sebut..tergeliat jugak la lidah..dan Shogun yang paling famous masa zaman ni ialah Sananoue no Tamuramaro yang telah berjaya menawan pemberontak Emishi di bawah kuasa Maharaja Kammu.

Selepas settle semua masalah pada zaman tu..so Maharaja pun decide untuk menggantung title tu pada zaman Dinasti Heian.

Pada awal kurun ke-11 keluar la pulak zaman Kamakura yang menyaksikan beberapa perang merebut kawasan yang diketuai oleh daimyo iaitu pemerintah wilayah yang dilindungi oleh clan-clan samurai dan dorang pun start campo urusan politik keluarga Jepun.

So Maharaja jepun pun beri mandat kepada samurai untuk mendapat kuasa politik selagi Maharaja Jepun berkuasa..benda ni menguntungkan Maharaja la sebab orang takut dengan samurai ni..dan Yoritomo dianugerahkan title Sei-i Taishogun dan opis yang diduduki dipanggil Shogunate.

Start ni la Shogun di segani sebab dah masuk dunia urusan negara siap ada opis sendiri.

Zaman era Shogun Kamakura ni cume bertahan selama 150 tahun je dari 1192 sampai 1333.

So lepas tu banyak la era-era shogun baru keluar dari pelbagai family..tapi Jay tak bole cite panjang lebar sebab nanti kuar topik..kang letih korang nak bace pulak kang.

Pastu keluar pulak era Kemmu dari tahun 1333 hingga 1336..next pulak era Ashikaga Shogunate bermula dari tahun 1336 hingga 1573 dan last skali era Tokugawa Shogunate yang start dari 1603 hingga 1867.

Cite dia lebih kurang sama jugak la..yang ni bunuh ni..yang ni gaduh dengan yang ni..yang ni berebut harta..yang sorang lagi berebut tanah..yang sorang bunuh adik..ding dong ding dong sama gak la so Jay tak nak cite detail sangat.

Sambung balik okay..

Walaupun ketua kerajaan Jepun skrang dikenali dengan nama Prime Minister atau Perdana Menteri tetapi terma nama Shogun ni masih digunakan untuk melambangkan ketua dan kalau Perdana Menteri ni pun dah bersara dorang tetapi dia dengan title sama cume dengan nama lain sikit iaitu Shadow Shogun atau Shogun dalam bayang.

Sistem teratur shogun bermula pada era zaman Kamakura yang diasaskan oleh Minamoto no Yoritomo dan kekuatan ini adalah disebabkan oleh kesetiaan antara samurai dan orang bawahan mereka.

Setiap Shogun dan Samurai akan dianugerahkan tanah dan kuasa pada kawasan dan kerana kuasa yang berubah-ubah dan dan samar ini sungguh membimbangkan.

Setiap Shogun pasti ade pesaingnya termasuk la kerabat Di-Raja dan golongan bangsawan yang mahukan kuasa mutlak Shogun dan title Shogun ni kerana sungguh dihormati.

Oleh kerana ini kuasa sistem shogunate dan pejabat rasmi dibubarkan dengan rasminya pada April 11th, 1868.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 11th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 11th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Kuasa Shogun dibubarkan.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :