Selamat pagi lepak..selamat black monday untuk korang semua..huhu
Mesti korang mengeluh kan "ala..malasnya nak bangun keje hari isnin ni"..huhu..okay la Jay akan teman korang semua okay..
Hari ni ade cite menarik untuk you all..okay..
Bagi segmen Sejarah Dunia kali ni Jay nak buat sejarah pasal kapal famous amous ni yang selalu korang dengar cite pasal dia tapi tak tau detail dia..siap ada movie lagi pasal kapal ni..nama dia..jeng jeng jeng..Titanic.
Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah April 10th, 1912, Titanic berlepas untuk pelayaran sulung dan tak kembali lagi.
RMS Titanic (RMS ni maksud dia "Royal Mail Ship") atau nama manje-manje dia Titanic adalah sebuah kapal penumpang milik White Star Line dan merupakan kapal penumpang berkuasa steam terbesar di dunia.
Mula dibina pada March 31st, 1909 di limbungan kapal Harland and Wolff di Belfast, United Kingdom untuk bersaing dengan Cunard Line's.
Di reka oleh Lord Pirrie iaitu Pengarah White Star dan harland & Wolff, beliau menitikberatkan reka cipta "mewah dan yang paling besar" pernah beroperasi dan dibantu oleh Arkitek Laut Thomas Andrews.
Kapal titanic ni dibiayai sepenuhnya oleh J.P Morgan dan pernah dikatakan sebagai kapal yang "unsingkable" atau pun tidak akan tenggelam..huhu..sekali silap la..depa dah kena loceng.
Berikut adalah maklumat terperinci tentang titanic:
Kalau korang ingat lagi movie Titanic yang keluar pada tahun 1997 dulu, lakonan Kate Winslet dan Leonardo so you all bole tengok balik interior kapal tu..sebab design bahagian dalam kapal untuk movie tu diambik original dari pelan asal kapal tu.
So..memang mewah kapal tu..tapi untuk orang atasan aje..yang kat dek bawah macam dalam tin sardin leper ha..kiri kanan cramp..kat atas je luas..kat bawah nak lalu pun tak bole..orang kaya je tau nak hidup..huhu.
Dari segi rekabentuk kemewahan memang la kapal Titanic ni menang la dan berjaya mengalahkan semua saingan dia..bayangkan la untuk First-class punya area siap ada swimming pool, gym, ada gelanggang squash dan banyak lagi.
Untuk sesuatu yang semewah Titanic ni pada zaman tu memang dah kire gile babssS dah..mana nak dapat atas kapal macam tu.
Tambang untuk first class masa tu harge dia £875..keta BMW Jay masa kat London dulu pun baru £200 aje..huhu..itu pun masa zaman 90's..bayangkan punya la mahal harge tiket dia..kalau zaman skrang ni nilai semasa dia lebih kurang £64,204.
Berikut ialah spesifikasi Titanic kalau korang nak tau :
Dah kuar topic lagi dah..Jay dah cakap dah kekadang ade melalut sikit..huhu..susah la nak cut cut sejarah ni..Jay nak cite pasal pelayaran sulung dia aje.
Titanic memulakan pelayaran dari Southampton, United Kingdom pada April 10th 1912, menuju ke New York City dan di pandu oleh Kapten kapal Captain Edward J. Smith.
Sebelum pegi jauh pun kat pelabuhan masa nak berlepas tu pun dah ada kes hampir nak berlanggar dengan kapal kecik SS New York dan menyebabkan penangguhan pelayaran selama setengah jam.
Lepas semua dah okay..Titanic pun set to go dan lepas aje rentas Selat Inggeris depa stop kat Chergourg, Perancis untuk ambik penumpang yang menunggu kat stesen sana dan seterusnya Queenstown kat Ireland..tapi ada problem sikit sebab pelabuhan kat Queenstown tak bole nak menerima saiz kapal sebesar tu so terpaksa la turunkan sauh pastu naik bot kecik untuk ambik penumpang.
So by the time semua dah settle nak ke New York, jumlah penumpang sepenuhnya ialah 2,223 orang semuanya.
Disebabkan Jay takut Jay terlampau cite banyak sangat pasal detail kapal Titanic ni..Jay nak cut things short and finishkan storynye okay.
So pada malam ahad April 14th, 1912 suhu waktu tu jatuh di bawah takat beku dan bulan pun tak nampak, Captain Smith sedia maklum tentang terdapat bongkah ais di laluan asal Titanic sebelum berlayar lagi so dia memang dah mengatur laluan baru dengan mengubah sedikit haluan Titanic ke sebelah selatan.
Pada pukul 01.45 pm Ahad yang sama..satu pesanan kecemasan dari steamer bernama Amerika memberi amaran terdapat bongkah ais besar dilaluan Titanic tetapi operator radio Titanic yang bertugas ketika itu tidak fokus dalam menerima dan menghantar pesanan amaran itu ke bridge..bridge ni kat atas kapal tempat kapten berada.
Petang itu, satu lagi pesanan amaran dihantar dari Mesaba mengatakan terdapat banyak bongkah ais di laluan mereka..tapi message ni pun tak sampai clear jugak ke bridge..Mesaba ni company Airlines.
So pada pukul 11.40 malam waktu sana..setelah berlayar 640 km selatan Newfoundland, peninjau Fredrick Fleet dan Reginald Lee ternampak bongkah ais besar bebetul kat depan Titanic tapi dah memang lambat dah..kalau keta racing bole la pusing dengan steering aje..tapi kapal memerlukan ruang yang luas untuk bertindakbalas.
Dorang bunyikkan loceng dan buat panggilan telefon ke bridge dengan berteriak, "bongkah ais di depan"..sorry ehh..Jay alih bahasa..huhu..macam cite kartun Jepun pulak.
Dalam keadaan huru-hara tu memacam dah dibuat..dah reverse dah..dah mati enjin dah tapi memang dah terlambat sangat.
Titanic berlanggar dengan bongkah ais di sebelah starboard side atau sebelah kanan..starboard tu bahasa kapal..dan rebet-rebet semua terkeluar menyebabkan panel body lemah dah air start masuk compartment kapal.
Operator pun kelang-kabut la keluarkan amaran CQD..CQD ni amaran menggunakan sistem code Morse yang dihantar ke operator-operator lain mengatakan keadaan depa dalam bahaya..dan skrang ni ditukar ke signal universal SOS ; Save Our Soul.
Pada pukul 02.10 pagi, April 15th 1912..bahagian belakang..bahagian bilah kipas Titanic dah naik ke atas dah dan pukul 02.20 pagi hampir keseluruhan Titanic menegak ke atas dan tenggelam.
Kalau korang nak tau detail Titanic dengan lebih terperinci..nanti Jay akan buat kan kalau ada yang mintak..okay.
Kapal Titanic ni jugak ada bawak beberapa orang kenamaan dan selebriti turut ketika itu sebab nak bersama-sama merasai pelayaran agung ini tapi kebanyakkannya maut dalam nahas Titanic seperti pengasas dan pemilik Macy's Isidor Straus dan isterinya Ida, pemain cricket professional cum usahawan John Thayer, Journalist British William Thomas Stead, Jutawan John Jacob Astor the forth dan ramai lagi la.
Berikut ialah senarai jumlah penumpang yang maut dan terselamat dalam nahas ini:
Skrang ni lebih kurang 6,000 artifak Titanic dijumpai dan di simpan sebagai khazanah sejarah di Muzium Titanic yang sebelum ni tertanam 12,467 kaki di bawah dasar laut.
Titanic yang dikatakan tidak akan tenggelam mengambill masa 3 tahun untuk dibina dan memerlukan tidak sampai 3 jam untuk tenggelam di dalam pelayaran sulung dan satu-satunya pelayaran yang dibuat dan tidak akan pulang kembali.
Kepada peminat movie Titanic korang mesti ingat part masa Kate Winslet berdiri kat hujung kapal dengan Leonardo pastu dia stretch kan tangan dia dan berkata, "i'm flying"..korang ingat tak..mesti korang ingat la part ni punye..okay la..sebenarnya dia buat mimik patung yang dibina di Washington untuk memperingati lelaki yang mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan wanita dan kanak-kanak di dalam nahas Titanic ni.
Patung setinggi 13 kaki ini dibina dengan menggunakan sebuah bongkah granit merah dan diletakkan di Women's Memorial Park Washington.
So okay la..
Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.
So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 10th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 10th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.
So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 10th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 10th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.
So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.
Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.
ceo@poise.my
or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor
..