Sabtu, 9 April 2011

Sejarah Dunia 08 April : Kerajaan Ayutthaya Thailand jatuh ke tangan Kerajaan Burma.


Afternoon lepak..

First of all Jay nak say thanks kat you all semua for all your support and all your brilliant commentary plus advise in making sure that lepak in fulfilling your need..Jay dan warga lepak akan cube buat yang terbaik ok.

Second of all Jay nak mintak maaf kalau lambat post write up sehari dari tarikh..sebab Jay stuck dengan benda-benda lain..korang jangan marah ekk..muahhhhh..love you all.

Tu je yang Jay nak cakap..huhu..so nak sambung balik okay.

Untuk column Sejarah Dunia tengahari ni..Hari ini dalam sejarah April 08th, 1767, Kerajaan Ayutthaya Thailand jatuh ke tangan Kerajaan Burma.


Ayutthaya atau dalam bahasa Thai nya อาณาจักรอยุธยา adalah dahulunya sebuah Kerajaan Siam yang terletak di dalam Negara Thailand yang wujud sejak 660 tahun dahulu.

Bukti sejarah menunjukkan kerajaan ini wujud dari 1351 hingga 1767 sebelum ia jatuh ke tangan kerajaan Burma ketika perang dahulu.

Dibuka oleh Raja Ramathibodi dan nama Ayutthaya ini diambil dari cerita Sri Rama dan Ramayana dan Kota ini terletak di tengah-tengah pusat Thailand iaitu 75 Kilometres dari bangkok.

Kerajaan Ayutthaya mengamalkan sistem terbuka dan banyak mengamalkan sikap "berkawan" dengan semua pedagang-pedagang asing yang berniaga di Siam seperti pedagang dari China, Vietnam, India, Jepun, Parsi dan selepas itu pedagang asing dari luar seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan Perancis, dengan membenarkan mereka membuka penempatan di luar kawasan Kerajaan Ayutthaya.


Pada kurun ke-16, pedagang barat menyifatkan kota ini adalah antara kota terbesar dan terkaya di Timur dan Raja Ayutthaya ketika itu Raja Narai (1656 - 1688) juga mempunyai pengaruh kuat dengan Raja Perancis ketika itu iaitu Raja Louis ke-14.

Memandangkan kekuatan pengaruh dan tentera yang ramai, Kerajaan Ayutthaya memulakan program penaklukan ke atas beberapa kawasan berdekatan dari Utara hingga la ke Selatan dan dari Timur ke Barat sehingga lah depa nak cube pulak takluk Melaka..uumang aii..ada bran betul sampai kan ke Melaka pun nak cube gak.

Melaka masa tu merupakan pelabuhan pedagangan paling masyuukk kat area Asia ni..tapi dorang silap sebab masa tu Melaka dilindungi oleh pengaruh Dinasti Ming Cina dan sebelum depa try serang pun Laksamana Ming masa tu Zheng He telah membina pengkalan operasi tentera di kawasan kota pelabuhan Melaka kerana mereka tidak mahu Melaka jatuh ke tangan Siam.

Sejak itu Melaka membangun menjadi sebuah pusat pedagangan paling berjaya dan bersaing dengan seterunya iaitu Ayutthaya..sehingga lah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Dah keluar tajuk dah..huhu..Jay tak bole nak cite pepanjang sejarah ni sebab nanti banyak keluar topik dari column Hari Ini Dalam Sejarah dan 10 page pun tak abis so Jay cut jadi benda penting okay..

So..perang punya perang punya perang so Kerajaan Burma di bawah Dinasti Toungoo pulak serang Kerajaan Ayutthaya 1548 dan pada tahun 1564 Raja Ayutthaya menyerah diri..pastu..repeat pulak balik..huhu..

Macam main snooker lak bole repeat fight black..

So..dapat balik Ayutthaya..mabuk dah aku tulis nama Ayutthaya ni.

Dan pada tahun 1765, dengan kekuatan 40,000 tentera, tentera Burma menyerang utara dan barat Ayutthaya dan beberapa kota di kawasan ini diserahkan kepada Kerajaan Burma.

Lepas 14 bulan mengepung Ayutthaya, akhirnya Kota Ayutthaya berjaya ditawan menyembah ke bumi apabila dibakar hampir keseluruhannya oleh kerajaan Burma pada April 08th 1767.

Hampir semua peninggalan sejarah dan peninggalan arkib di perpustakaan kota Ayutthaya dimusnahkan.


Yang tinggal lah skrang ni kalau you all suke berjalan kat Thailand ialah beberapa kesan monument dan bangunan Kota Ayutthaya.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 08th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 08th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Kemusnahan Kota Ayutthaya.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :