Jumaat, 8 April 2011

Sejarah Dunia 07 April : Kapal Yamato Class tenggelam dalam World War II


Salam 1 Malaysia semua yang melepak di lepak.com.my

Kabare GuysS & GurlsS..??..dah hujung hujung hari bekerja ni rase macam mengantuk je nak keje jarum pulak menunjukkan pukul 10.00 pagi..huhu..macam malas je nak bangun pagi tadi.

Kene pulak dengan cuace sepoi sepoi..aduihh..macam nak tarik tertarik kau memang da bomb selimut ni pasang aircond pejam mata..huhu..nasib baik la dah beso kan..kalau idak cakap ngan mak tak nak gi sekolah..hehe..teringat time tu.

Dah melalut dah..ni la bahana nya kepala pikir nak cuti je..huhu..

Sambung coretan okay anak-anak.

Untuk column Sejarah Dunia tengahari ni..Hari ini dalam sejarah April 07th, 1945 kapal perang jenis Yamato Class Battleship di tenggelamkan oleh kapal terbang Amerika 200 batu utara Okinawa.

Kepada yang follow history perang dunia kedua mesti kenal dengan nama Kapal Perang jenis Yamato Class Battleship tentera Jepun ni.


Ia adalah kapal perang terbesar dan yang paling power gile babssSs pernah dibina ketika perang dunia kedua dahulu..dilengkapi dengan senapang gajah dia jenis nine 18 inch dan kalau full load capacity 72,800 tonnes.

Sumpah berat tu..tapi suspect la..tak pulak tenggelam kan..time tu mana ade machinery canggih macam skrang siap dengan CNC machining dia..dulu pakai welding tangan aje.


Nama Yamato diambil sempena nama daerah Yamato di Jepun dan berasal dari suku kaum Yamato di daerah itu.

Kapal ni start dibina pada tahun 1937 dan mula beroperasi secara rasminya seminggu selepas kes pengeboman Pearl Harbour di Hawaii pada hujung tahun 1941.

Yamato ni direka semata-mata untuk menyerang balas serangan musuh ketat dorang kat Lautan Pasifik iaitu tentera Amerika dan sejak digunakan secara rasmi Yamato telah menjadi kapal panglima utama untuk tentera laut Jepun pada tahun 1942.

Spesifikasi Kapal Yamato ni :

Start dari tahun 1944, kekuatan tentera laut Jepun akhirnya tidak memihak kepada mereka dan pada awal tahun 1945 akibat kekurangan bahan bakar mentah untuk penggunaan kapal perang akhirnya armada Jepun semakin pupus.

Dan pada April 1945, akibat terdesak untuk melawan kemaraan tentera bersekutu..Yamato dihantar untuk memikul satu tugas besar iaitu mempertahankan Jepun walau ape cara sekali pun sehingga ketitisan darah terakhir dalam perjalanan one way no return battle.

Perjalanan Yamato di ketahui oleh kapal selam United States dan kapal terbang perang mereka.


Akhirnya pada April 07th 1945, Yamato ditenggelamkan ke dasar laut oleh bedilan torpedo dan bom sehingga hampir keseluruhan anak kapal maut dalam kejadian ini.

Dari permulaan serangan pada pukul 12.37 sehingga letupan kapal Yamato pada pukul 14.23..sekurang-kurang nya 11 torpedo dan 8 bom diledakkan ke Yamato oleh tentera bersekutu.

Dan sekarang Yamato di recover balik sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 07th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 07th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Yamato-class battleship ditenggelamkan.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :