Khamis, 7 April 2011

Sejarah Dunia 06 april : Sukan Olimpik moden pertama selepas di haramkan 1500 tahun dahulu di Athens.



Afternoon lepak..

Hari ni untuk column Sejarah Dunia Jay nak cite pasal sukan pulak yang mengambil tempat pada 115 tahun dahulu.

Untuk column Sejarah Dunia tengahari ni..Hari ini dalam sejarah April 06th, 1896 buat pertama kalinya dalam sejarah sukan Olimpik moden diraikan dan dimulakan semula selepas diharamkan di Athens 1500 tahun dahulu.

Sukan Olimpik yang pertama ni dikenali dengan nama Games of the I Olympiad.

ianya diadakan di Athens, Greece bermula dari 06hb April hingga 15hb April 1896..so kirekan 9 hari punya acara..time tu kire lama gak tu.

Sejarah untuk menghidupkan semula sukan ini telah lama berlaku..dan selepas beberapa kali cubaan gagal dibuat oleh pihak British, Swedes dan pihak Greek..akhirnya seorang bangsawan berbangsa Perancis bernama Pierre de Coubertin berjaya melakukan sesuatu yang mustahil dan hasil usaha tanpa henti beliau satu sidang mesyuarat kongres antarabangsa bersama 79 deligasi dari 12 negara berjaya diadakan pada Jun 1894 bagi membincangkan hala tuju Sukan Olimpik ini.

Sukan moden pertama kali ini diadakan di Stadium Panathenaic dan dirasmikan oleh Raja Greece ketika itu iaitu King George the first of Greece dan disaksikan oleh 30,000 orang penonton..so kirekan memang grand la time tu.

Jumlah pasukan yang menyertai adalah yang paling banyak kalau dibandingkan dengan memana sukan waktu tu..sebab masa tu orang bukan senang nak satukan semua negara..masing masing dengan kepala sendiri dan tak abis abis dengan perang depa.

Disertai oleh 14 buah negara ketika itu:

1.

Australia








2.

Austria









3.

Bulgaria









4.

Chile









5.

Denmark










6.

French









7.

Germany









8.

Greece









9.

Hungary








10.

Italy









11.

Sweden









12.

Switzerland













13.

United Kingdom








14.

United States









Aturcara pulak terdapat 43 acara dalam 9 jenis sukan termasuk acara track, berbasikal, pedang, Gymnastic, acara menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.

Jumlah kesuluruhan atlet yang terlibat dalam Sukan Olimpik pertama ni ialah seramai 241 orang.




Pierre de Coubertin mendapat ilham dan idea untuk mengadakan acara ini datang dari Doctor William Penny Brooke yang mahu menganjurkan sukan antarabangsa berbilang kaum dan agama serta dalam pelbagai acara..so si Coubertin ni try la buat jugak walaupun dia tau susah dan dia perlukan luck menyebelahi dia dan betul luck kat sebelah dia.

Kalau you all nak tau Sukan Olimpik yang pertama ni kaum wanita tidak dibenarkan menyertainya..tapi ada gak yang degil lari sekali dengan atlet masa tu nak menunjukkan yang wanita pun bole lakukan.


Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 06th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 06th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Sukan Olimpik moden pertama.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :