Rasa terpanggil nak buat cerita pasal menguap ni sebab tadi ada dengar berita pasal seorang remaja yang berumur 17 tahun Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampto.
Masa tu dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.
Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.
Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.
Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit.
Hai....macam2 kan.....menguap sampai tak boleh tutup mulut tu....
Okaylah, tinggalkan cerita tadi, jom kita tengok fakta mengenai menguap ni plak (bagi info sikit)
Apa itu menguap
Apa2 pun, penguapan itu boleh diterjemahkan sebagai satu tindakan reflek dan rawak ketika menarik nafas secara jitu sampai penuh udara dalam paru-paru. Keadaan yang berlaku ini berkaitan dengan keadaan fizikal kita yang letih dan rasa hendak tidur ataupun ketika kita berasa lemau dan tidak bermotivasi diri.
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan. Sesetengah orang menguap kalau rasa bosan.
Kajian Saintis dakwa menguap rangsang otak lebih cerdas
NEW DELHI: Berbeza dengan tanggapan umum mengaitkan menguap dengan mengantuk, letih, bosan dan paras oksigen rendah dalam darah, penyelidik Universiti Albany di New York mendapati ia sebenarnya bertindak sebagai mekanisme menyejukkan otak.
Otak membakar sehingga satu pertiga daripada kalori yang diambil, dan akibatnya ia menghasilkan kepanasan atau bahang.
Berdasarkan kajian penyelidik, Andrew Gallup dan Gordon Gallup, otak beroperasi lebih berkesan apabila ia sejuk dan menguap meningkatkan fungsinya dengan meningkatkan aliran darah dan menghala masuk udara lebih dingin.
Sekali lagi bertentangan dengan pandangan popular, penyelidik juga mendapati menguap bukan tanda seseorang mengantuk sebaliknya membantu meringankan keperluan untuk tidur.
Oleh kerana menguap berlaku apabila suhu otak meningkat, menghantar darah sejuk ke otak boleh mengekalkan tahap optimum keberkesanan mental.
Penyelidik mengumumkan hasil kajian mereka dalam jurnal Evolutionary Psychology.
Memberi reaksi kepada kajian itu, profesor psikologi India, Dr H N Malik, berkata: “Tidak banyak kajian dibuat mengenai menguap dan amat sedikit diketahui mengenainya.
“Hingga hari ini, kebanyakan orang menganggap menguap adalah permulaan untuk tidur. Namun, kajian mengubah teori itu. Ia amat menarik.”
Bagi mengkaji teori menguap menyejukkan otak, kedua-dua pakar psikologi Amerika Syarikat itu meminta penuntut menonton rakaman video orang menguap dan mengira bilangan menguap yang berjangkit. Dalam satu uji kaji, mereka mendapati 50 peratus individu yang diarah bernafas secara normal atau melalui mulut mereka menguap apabila melihat orang lain menguap, manakala responden bernafas melalui hidung langsung tidak menguap.
Menerusi kajian lain, mereka dapati subjek yang meletakkan pek sejuk pada dahi bertindak hampir serupa dengan responden yang diarah bernafas melalui hidung - mereka juga tidak menguap manakala kumpulan yang meletakkan pek suam atau pek pada suhu bilik pada dahi menguap secara normal.
So ada macam2 pendapatlah kan.....Moral of the story: jgn menguap besar2 sgt yer..dan setiap apa ciptaan tuhan tu ada sebabnya....huhuhuh......