Gelagat Usop Wilcha ketika di ABPBH 2010
Tapi apa yang membuatkan Jay tertarik pada malam itu ialah gelagat Usop Wilcha (panggilan dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah). Memang gamat beb..memang tenggelam semua orang malam tu bila Usop Wilcha ni keluar
Siap datang dengan kerusi roda lagi. Part paling best bila nak naik tangga tu x yah naik kerusi roda, dia sendiri berdiri naik tangga. Huhuhu....... Kiranya filem HKLBR ni dah jadi satu fenomena kat Malaysia ni skrg.
Mana idoknya, dari tua sampai la ke muda sampai sampai ke budak balik la pengaruh dia.
Gile babsss betul tamparan lelaki Usop ni. Tapi tau tak sape Usop Wilcha ni?..jeng jeng jeng..mesti nak tau kan..cube cite cube cite..huhu
Nama sebenarnya ialah Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berusia 46 tahun.
Jay berani cakap is mesti ramai yang tak tau, sebelum Usop ni fofuler dalam dunia lakonan dia memang pernah menyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri pada tahun 1996.
Album ni disifatkan oleh Usop sebagai mendapat sentuhannya sendiri dan secara keseluruhannya sebagai album syok sendiri dan membuatkan hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun.
Lepas kegagalan album ni Usop start keje kat company iklan.
lepas tu baru masa mengubah ketika dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan pulak bermula sebagai pelakon tambahan tapi buat masa ni Usop tak dapat watak besar just supporting aje.
Kalau ikutkan hari si Usop ni..memang dah tak nak berlakon lagi sebab ada komitmen kerja tetap dia sejak empat tahun lalu.
Tapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, tawaran berlakon diterima dan berlakon adalah secara sambilan memandangkan sekarang dia memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.
Umang ai..General Manager position kat first board company pulak..mau tak tight masa dia dengan keje..dengan berlakon lagi.
Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Orang yang banyak membantu mengembang kan bakat dia tak lain dan tak bukan Encik Mamat Khalid kite iaitu sahabat lama Usop..kire kan close close la.
Pape pun ape yang berani Jay cakap kehadiran Usop Wilcha di malam ABPBH 2010 memang amat menghiburkan..dan Jay bagi 4 thumbs up campo jari kaki sebab telah memberi lightning sikit pada malam anugerah tu.
Yang Jay tak tahan tu siap suruh semua orang angkat tangan macam dia lagi.....tahun depan bolehlah jadi calon ABPBH 2011 plak....huhuhu....mesti lepas ni cerita meletup2 lagi.....Okaylah guys, jom layan sedutan video masa malam ABPBH 2010 ni...tak kering gusi beb tengok...tengok jangan tak tengok kay.
Jay harap abang Usop a.k.a Syed kite success selalu in what ever you do..
lepak.com.my love ya' bro...
You all bole tengok beberapa sorotan yang sempat Jay masukkan.
Okay la..
So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu.
ceo@poise.my
or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor
..