Kebiasaannya, perkataan bergerak digunakan bagi menarik perharian pengunjung blog yang datang ke blog kita. Contohnya kalau kita nak sampaikan sesuatu mesej seperti berita terkini, jualan murah, pengumunan dan sebagainya. Cara dia mudah sahaja macamana kita nak letakkan perkataan berikut dalam blog kita.
1. Pergi ke Dashboard >Layout >Add A Gadget >HTML/Javascript.
2. Masukkan kod asas berikut
<marquee>Contoh scrolling text</marquee>
3. Untuk korang ubah pergerakan perkataan
Penambahan kod berikut diperlukan dalam kod asal.
direction="left"
direction="right"
direction="up"
direction="down"
Berikut contoh kod untuk pegerakan dari kanan ke kiri
<marquee direction="right" >Contoh scrolling text</marquee>
4. Kalau nak ubah background color berikut adalah kod yang perlu dimasukkan
<marquee direction="right" bgcolor="#99CCFF">Contoh scrolling text</marquee>
5.Ubah kelajuan perkataan.
Pergerakan juga dapat diubah dengan menambah kod berikut
<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="#99CCFF" scrollamount="2">Contoh scrolling text</marquee>
6. Pause apabila cursor dilalukan.
Perkataan yang bergerak juga dapat dihentikan apabila dilalukan cursor. Berikut adalah kod bagi membolehkan perkataan dihentikan apabila cursor dilalukan.
<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="#99CCFF" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" >Contoh scrolling text</marquee>
7. Selamat mencuba!