Sabtu, 12 Mac 2011

Sejarah Dunia : Empangan St. Francis, Los Angeles pecah


Evening guys..sorry la Jay lambat update Sejarah Dunia hari ni..

Dah nak masuk pukul 7 malam dah..baru la skrang ni Jay free sebab sibuk sikit dengan news bencana kat Jepun.

Baru pagi semalam Jay cite pasal banjir kat England..tetiba petangnya tsunami pulak kat negara matahari terbit.

Jay dan warga xs ingin mengucapkan takziah di atas kesulitan yang dilalui.

Bile tengok kan footage gempa dan tsunami yang kengkawan Jay kat news room bagi..seriu pulak rase sebab tak pernah lagi tengok Jepun kene macam tu lagi.

Baru beberapa bulan lepas kite dikejutkan dengan berita Christchurch kat New Zealand kena gempa, kat Johor banjir kilat dan gunung api meletus kat England.

Bumi pun dah tua maksudnya..dah tak tahan dengan kerosakan yang manusia buat.

Enough about mukaddimah tadi.

Disebabkan Jay dalam mood simpati atas bencana alam..Sejarah Dunia kali ni Jay nak tulis juga pasal bencana alam yang dibuat oleh manusia sendiri.

Kalau semalam pasal empangan kat England pecah diatas kegagalan kejuruteraan mereka dan mengorbankan 270 nyawa..kali ni Jay nak cite pulak pasal Empangan di Los Angeles gagal dan pecah.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah March 12th, 1928.., tiga (3) minit sebelum masuk tengah malam..Empangan St. Francis gagal sepenuhnya dan pecah.

Gara-gara ketamakan dan ketaksuban seorang jurutera bernama William Mulholland untuk membina sebuah monumen masyhur..dia mengabaikan keselamatan dan tidak mengikut rekebentuk asal empangan tersebut dengan menambah ketinggian dari 30.000 kaki ekar ke 38,000 kaki ekar, perbezaan sebanyak 8,000 kaki ekar tanpa menambah ape-ape penambahbaikan untuk menyokong perubahan ini.

Walaupun Mulholland dapat melihat keretakan semasa membuat pemeriksaan di struktur empangan tersebut bersama pembantu beliau Harvey Van Norman, namun beliau mengendahkannya

Empangan ini mula dibina pada tahun 1924 dan siap dibina pada tahun 1926 di bawah pengawasan William mulholland dan Jabatan Air & Tenaga Los Angeles.

Saksi yang lalu di kawasan empangan berkata, terdengar bunyi konkrit dan gegaran dan tidak menyangka beliau adalah orang terakhir melihat empangan itu and live to tell it.

Kegagalan ini telah menyebabkan limpahan air yang penuh dari empangan tersebut sejumlah 45 Billion liter dan telah menyebabkan kuruntuhan dinding konkrit stesen janakuasa hydroelectric Number Two berhampiran.

Bayangkan la..kat empangan kite pun tak sampai billion litre..sedangkan kene air bomba pun dah sakit dah..ini bayangkan ditambah pulak dengan kekuatan kelajuan 8 km sejam.

Banjir ini menjalar hingga 87 km dari empangan tersebut dengan kelajuan 8 km sejam dan yang best part is ada mayat yang dijumpai di Lautan Pasifik sehingga selatan di sempadan Mexico.

Kes maut pertama ialah pengawal keselamatan yang mengawal empangan tersebut.

Kejadian ini mengorbankan 450 nyawa dan dianggap antara kegagalan kejuruteraan Amerika paling dahsyat pada kurun ke-20 dan ianya masih kekal sebagai malapetaka kedua paling buruk yang mengorbankan nyawa dalam sejarah California selepas gempa bumi di California pada tahun 1906.

Ini adalah contoh kerakusan manusia membuat kerosakan dan Jay serta warga Xs berdoa sangat takde la manusia pikir kan diri sendiri atau malapetaka macam ni berlaku kat sini..amin.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat manfaat membaca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :