Rabu, 30 Mac 2011

Sejarah dunia 29 Mac : Terciptanya Air Coca Cola di Atlanta.


Afternoon boyzz & gurlss..

Tak terlambat rasanya bagi Jay nak update Sejarah Dunia untuk 29 Mac memandangkan Jay masih dalam mood 29hb lagi..huhu..walaupun tarikh dah bertukar kan..sorry la ye kepada yang fan column ni..Jay ada banyak errand nak di settle kan dulu.

Kalau tengok iklan kat tv nasional mesti korang perasan kan ada iklan Coca Cola sambut anniversary yang 125 tahun.

Korang nak tau sejarah terciptanya jenama Coca Cola ni tak..mesti nak tau punya kan dan mesti nak tau ape kaitan pulak dengan ulang tahun ke-125 pulak..ok la Jay akan ringkaskan seringkas ringkasnya.

Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah March 29th, 1886, batch pertama air Coke ditapai di belakang rumah Dr. John Pemberton di Atlanta, Georgia.

Dr. John Pemberton ni dulu dia adalah bekas askar Confederate Army U.S dan seorang pharmacist.

Masa perang dulu dia dan beberapa veteran perang pernah cedera so dorang bagi banyak morphine untuk hilangkan rasa sakit cedera tu sampai la semua ketagih dengan dadah jenis morphine.

Kirekan drug addict la ni..tapi antara tahap tertinggi punye.

Dia dulu graduate Pharmacy..kirekan bahagian ubatan la dari University of Georgia sebelum perang dan mamat ni memang power dalam chemical compound sebab memang bidang dia.

Untuk menghilang ketagihan dadah akibat morphine dia cube experiment dengan biji coca dan cube buat version coca wine dia sendiri.

Coca ni kalau you all nak tau yang jadi cocaine la..huhu..kalau tak tau skrang dah tau..Coca dengan Cocoa benda berbeza ek..jangan confuse tu.

Sampai la dia berjaya cipta Vin Mariani versi dia sendiri..Vin Mariani ni adalah minuman orang dulu dulu yang menggabungkan coca dan ethanol menjadi macam wine coca la.

Kepada yang minum mesti kenal la Vin Mariani ni cume skrang dah di haramkan selepas akta dadah dikuatkuasakan seluruh dunia.

Orang dedulu pakai benda ni semua angkat kayu balak..angkat guni beras so takpe la..badan memang memerlukan extra energy..orang sekarang on benda tu main gitar..huhu..macam tak thrill je.

Tahun 1886 apabile Atlanta dan Fulton County menyarankan pengurangan penggunaan Alchohol dalam kehidupan seharian so Pemberton terpaksa mencari alternative untuk menggantikan minuman ciptaan dia tu dari Alchohol base kepada non-alchohol base so dia jumpa kawan dia yang sama bidang perubatan dengan dia iaitu Willis Venable untuk pertolongan.

Testing punye testing sampai la ke tahap mencampur ibu syrup dengan carbonated water so tercipta la secret formula air Coke yang korang minum skrang ni.

Disebabkan dadah menjadi bahan kawalan dan diharamkan penggunaannya kecuali dalam perubatan so coca pun dikeluarkan dari resipi asal air Coke ni.

Dr. John Pemberton mati pada August 16th, 1888 sebelum dia sempat melihat air ciptaan dia menjadi salah satu dari major carbonated drinks atau pun air minumam jenis karbonat yang paling berjaya dalam dunia.

Asa Griggs Candler telah membeli perniagaan dan hak empunya air ni pada tahun 1887 dan pada tahun 1894 air ni pertama kali dijual di dalam botol.

Itulah dia sejarah kejayaan air ciptaan manusia yang dicipta untuk perubatan tetapi akhirnya menjadi ikon di dalam industri miniman.

Tahun ni adalah ulang tahun Coke yang ke-125 tahun selepas Pemberton berjaya mencipta air ni 125 tahun lepas.

Okay la..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia pasal terciptanya air karbonat terhebat ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :