Khamis, 10 Mac 2011

Science : Sisa pepejal Bandaran (sampah)


Halllo..seperti yang Jay janjikan, jay akan mulakan column Science so ni pembukaannya.

Untuk column sains ni Jay mulakan dengan title Sisa pepejal bandaran atau pun bahasa pasarnya sampah.

Untuk note korang semua..ada beberapa ayat yang memang Jay terpaksa pakai bahasa omputih sebab nak translate dia susah sikit sebab bahasa spesifik dia Jay tak tau so kena bukak kamus la ye kalau nak tau ape maksud dia.

Sebut sampah aje mesti kepala dah pikir dapur kita tapi ape yang kite tau pasal sampah?..kat sini Jay akan kupaskan dengan seringkas yang bole pasal bahan buangan yang banyak tersadai kat tapak pelupusan dan transfer station kat seluruh Malaysia ni.

Untuk nota Jay akan cite pasal sisa pepejal kat negara kita aje sebab kalau negara lain dah berbeza kandungan dan jenis buangannya.

Sisa pepejal bandaran (sampah) atau pun bahasa omputihnya Municipal Solid Waste (MSW) ni terdiri daripada sampah rumah dan adakalanya dia campur dengan sampah komersial macam kat kedai-kedai makan dan diselenggara oleh sesebuah majlis perbandaran dalam kawasan operasinya.

Kandungannya berbeza, terdiri daripada bekas pembungkusan sampai la ke sisa makanan, mentol lampu, pampers baby dan macam-macam lagi..dan dalam bentuk solid ataupun semi solid dan ianya tak termasuk sisa merbahaya (hazardous waste) contohnya sisa dari klinik.

Bole di kategorikan secara umumnya kepada lima (5) pecahan kumpulan dan Jay akan terangkan -satu-satu nanti :

1. Biodegradable waste (sisa yang mereput)
2. Recyclables (bahan kitar semula)
3. Inert waste (sisa lengai)
4. Composite waste (sisa komposit)
5. Domestic hazardous waste (Sisa buangan rumah yang merbahaya)

1. BIODEGRADABLE WASTE (Sisa yang mereput)

- Jenis sisa ni selalunya dihasilkan daripada tumbuhan ataupun haiwan yang bole dirungkai oleh organisma lain..sisa ni slalunya kite jumpa kat rumah kite contohnya macam plastik yang bole mereput, kertas, bahan organik seperti makanan dan juga sisa tumbuhan kite macam lepas kite potong rumput atau pun trim pokok.

2. RECYCLABLES (Bahan kitar semula)

- Sebelum korang tau pasal sisa ni kena tau ape benda recycle tu..recycle tu adalah proses di mana kita proses balik bahan yang kite dah pakai kepada product baru tanpa perlu menggunakan raw material (bahan asas) yang banyak dan dibuang begitu aje, mengurangkan penggunaan tenaga seterusnya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas emission) jika dibandingkan dengan virgin material.
Yang slalu ada dalam plastik sampah kite macam gelas, kaca, aluminium, besi dan tekstil.

3. INERT WASTE (Sisa lengai)

- Sisa lengai ni ialas sisa yang secara kimia mahupun biologinya tidak aktif dan tidak mereput..selalunya bayaran pelupusan sisa ni murah sikit kalau dibandingkan dengan sisa yang mereput atau sisa merbahaya.
Berasal dari banyak punca contohnya dari rumah ataupun industri dan contoh sisanya seperti bahan robohan atau binaan, batu, pasir dan banyak lagi.

4. COMPOSITE WASTE (Sisa komposit)

- Bahan komposit ni secara umumnya ialah bahan yang di juruterakan dari dua (2) atau campuran lebih dari dua (2) bahan yang berbeza secara signifikan dari segi fizikal mahupun kandungan kimianya..sebenarnya bahan macam ni lama dah manusia buat sejak dari zaman permulaan peradaban dunia dan contoh paling primitif ialah batu-bata yang dibentuk dari lumpur dan straw grain untuk dijadikan bangunan pada zaman peradaban Mesir dulu.
Sisa ni kalau kat umah kita skrang ni terdiri daripada pampers baby, komputer, bingkai racket dan banyak lagi.

5. DOMESTIC HAZARDOUS WASTE (Sisa buangan rumah yang merbahaya)

- kekadang ada gak yang panggil Household hazardous waste (HHW) dan punca sisa buangan ini dari rumah bukannya dari kilang..dan ianya berpotensi untuk mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan umum mahupun persekitaran.
Sisa ni terdiri dari bahan yang di labelkan untuk kegunaan rumah dan dijual untuk "home use" sahaja.
Contoh sisa ni macam cat rumah dan solvent, bateri, lampu kalimantang, spray nyamuk dan macam-macam lagi.

Dah kenal dah jenis sampah kat Malaysia ni kan..so itu bukan best part..detail yang Jay akan tulis lepas ni best part dia.

Secara purata di Malaysia sampah yang dibuang setiap rumah lebih kurang 0.8Kg/satu rumah/sehari dan kat bandar pulak mencecah sekilo.

Statistik menunjukkan pada tahun 2001 sahaja sejumlah 16,247 tan / sehari sisa pepejal dibuang dan Negeri Selangor adalah penyumbang terbesar lebih kurang 2,955 tan / sehari diikuti oleh KL dan seterunya Johor.

Sisa yang dibuang juga berbeza dari setiap daerah bersesuaian dengan luas kawasan, jumlah penduduk dan juga aktiviti setempat.

Melihatkan senario keadaan yang kritikal, jika tiada penyelenggaraan dan pelupusan sisa pepejal ini di negara kita, dalam masa sepuluh (10) hari aje, setiap inci KLCC Twin tower ni bole dipenuhkan dengan sisa pepejal dari 23 juta penduduk.

Ha..ambik obat..punya la banyak sampah sarap kite yang tersadai kat tapak pelupusan dan kalau takde jalan penyelesaian yang efficient, lama-lama anak-anak dan cucu-cucu kite takde tanah dah nak berteduh sebab semua penuh dengan sampah.

Ape yang Jay lihat dari matar kasar ramai lagi warga negara kite nak tak sedar atau pun buat-buat tak sedar tentang benda ni..masa Jay belajar kat London dulu tahap kesadaran sivik depa memang tinggi..even 10 tahun lepas pun dorang dah buat in house segregation / separation,..maksudnya dorang dah siap asingkan jenis sisa dorang kat dalam container yang berbeza..walaupun kat sana tak banyak sisa makanan macam kite.

Kat sana dorang try reduce sisa masa ia bermula pun contohnya..macam kat sana depa kuat makan makanan yang di salai..macam lamb grill ke, kebab ke dan memacam lagi so masa kat market dorang semua makanan basah yang dorang beli ni dah siap lapah supaya takde tulang so dorang makan isi aje so takde benda nak buang.

Dan kena tau juga..sisa kite dengan sisa dorang berbeza..sisa kite lembap sebab kite negara khatulistiwa dan dorang 4 season country so tahap kekeringan (humidity) dorang tinggi so sampah depa kering sikit thus tak banyak air.

Untuk pengetahuan you all juga sisa yang dilupuskan di tapak pelupusan seluruh negara peratusan tertingginya adalah makanan dan bile makanan ni ditanam proses pereputan atau decompose tetap akan aktif sebab bakteria & organisma bertindak balas dan mengeluarkan gas aktif yang kalau kite tanam akan jadi gas mampat bawah tanah..tu yang asik meletup aje landfill kite ni macam kawasan periuk ape.

Buat masa ni memang negara banyak bergantung dengan kaedah ni sebab murah dan senang..sebab kalau susah dan mahal kene naik sikit cukai pintu so nanti ada la yang buat piket tu piket ni bantah kenaikan harga tapi..ada tapi nya..semua benda nak bagus.

Kaedah yang ada dan detail lain termasuk la pengenalan kepada air sisa resapan atau leachate atau pun orang kite panggil air sampah akan Jay sambung untuk next column okay.

So ini je Jay dapat review kan sebab Jay pun dah ngantuk dah and takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat manfaat membaca fakta sains ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :