Okay ibu ibu bapa bapa..huhu..untuk slot Going Places Jay nak kongsi tempat makan yang Jay bole bagi 2 setengah bintang dari 5 bintang.
Memandangkan dah masuk tengah hari and Jay rasa semua dalam mood nak lunch so ada moleknya hamba story pasal makan makan makan.
Jay baru pegi Restoran Khairol ni beberapa hari lepas atas jemputan kawan kat restoran tu.
Restoran ni restoran style kelantan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kat area lembah Klang ni so lebih kurang so and so la semua cume yang membezakan antara restoran ialah lokasi, cara masak & dan ambiance dia.
Ape yang Jay review adalah dari pandangan professional Jay sahaja sebab lain orang lain pendapatnya.
Restoran ni terletak di atas bukit Saujana Impian, Kajang sebelum ke simpang masuk Saujana Impian Golf & Country Club.
Tempat dia tak susah nak carik cume masalahnya dia tersorok sikit kat belakang sebab kedai ni di bahagian belakang commercial lot kat area tu.
Kalau you all nak pegi..bile you all nampak kedai mamak Al Shifans kat kawasan Saujana Impian Golf maknanya dah dekat sangat la tu sebab restoran ni di belakang kedai mamak tu aje.
Ambiance bagi Jay yang buat Jay suke tempat ni sebab mengadap padang bola yang lapang dan penuh dengan pokok pokok kat area padang tu so kepala tenang sikit bile hang out kat situ..kena pulak angin atas bukit lalu lalang kene kat muka..terasa kat pd la pulak..huhu..
Jay macam biasa la akan pekena Nasik Goreng Belacan dulu la sebagai pembuka kata kunci..sebab orang pernah cakap kat Jay dulu kalau nak tau kedai tu masak sedap ke idak kena cube nasik goreng belacan sebab kalau chef restoran tu pandai guna kombinasi belacan maknanya masakan lain tak jadi masalah.
So lepas dah cube not bad jugak so Jay pun request Ayam Black Pepper..and ternyata memang takde masalah cook ni nak masak..memang sedap.
Pastu belasah pulak telur dadar..so bagi Jay combination ni semua dah cukup memuaskan dah.
Yang lain lebih kurang aje cume restoran ni ada masakan special or trademark dishes depa sendiri macam ayam gunung berapi, nasik goreng khairol & banyak lagi.
Harga pun lebih kurang plus minus macam restoran masakan kelantan yang lain so by any means affordable dan dalam range mampu beli sampai kenyang..huhu.
Cume bagi Jay presentation aje yang kureng sikit..lain semua okay.
Dah di combine kan semua including ambiance, masakan, keselesaan, lokasi, presentation dan kebersihan Jay bagi 2 setengah bintang.
Kepada yang tak suke pedas you all bole request tak nak pedas sebab restoran ni bukan macam restoran yang makanan dah set dalam package so bole di alter kan.
Jay recommend tempat ni kalau you all terasa nak pegi try masakan kelantan.
So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat Jay rakamkan untuk tatapan..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit sebab Jay tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala dah nampak nasik..
Tapi ape yang Jay bole cakap is try tak rugi sebab sedap & tapi ada beberapa sikit kekurangan yang bole tutup mata.
So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan
Okay la..
Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.
or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-778 7785
Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
Selamat menjamu..- Jay the Editor