Sabtu, 5 Mac 2011

Going Places : Nasi Minyak House, Bangi


Good afternoon guys & Gals..kabare..?

Mesti skrang ni anda anda semua tengah ready nak having lunch kan..so ok la..Jay nak kongsi tempat yang baru Jay test semalam kat area Bangi semalam masa jenjalan kat area Bangi.


Nama restoran ni Restoran Nasi Minyak di Reko Sentral kat area Giant mall baru.

Dari nama restorannya pun dah tau memang core dishes dia nasik minyak la.

Dulu orang malaysia ni makan nasik minyak masa kenduri kawin je tapi skrang ni dah jadi commercial value dah kat malaysia ni.

Dah bertahun Jay main kompang tapi rasanya ni first time Jay nampak ada restoran yang buat nasik minyak ni jadi core dishes dia..dan restoran ni pun ada gak makanan western yang harga dia murah juga makanan-makanan versatile lain.

Tapi terus terang masa test tu memang tak berapa nak sure la rasanya tapi bile dah test memang cakap terus terang sedap tapi satu je masalahnya yang Jay rasa kekurangnya..semua makanan tak pedas.

Maybe tekak jay tak betul kot tapi papehal memang rasa semua..complete dengan acar & kuah dal ca & it is superb memang tak rugi la pegi semalam.

Dari segi harga reasonable dan tak reach lagi harga kedai mamak nasik kandar kat KL yang gila-gile tu.

Semalam Jay test Nasik Minyak Daging Hitam &  Nasik Minyak Ayam Merah dan Jay cakap terus terang dua-dua sedap cume tak pedas je la..rasa macam dah makan kuah acar pulak.

Dari segi design kedai memang ok simple dengan kaler oren & black dia cume space untuk bersantai kat area luar terhad.

Lepas kena main course Jay try pulak side dishes..nama line dia pelik sikit..depa panggil Hot & Roll..so Jay try Hot & Roll Egg & Cheese.

Dia macam kebab la & isi inti tu di balut dengan roti prata lebih kurang macam roti canai singapore la.

Air dia pun sedap-sedap gak & presentation depa memang cun la.

Restoran ni baru je bukak dalam sebulan lepas & ape yang Jay lihat semalam customer tak putus-putus semalam so itu petanda yang dah ada regular dah..and even location dia pun strategik dalam area main entry road sederet dengan sekinchan ikan bakar.

So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat Jay rakamkan untuk tatapan..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit sebab mengantuk sikit semalam..huhu

Tapi ape yang Jay bole cakap is try tak rugi sebab sedap & tapi ada beberapa sikit kekurangan yang bole tutup mata.

Jay bole bagi 3 1/2 bintang out of 5 star.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my

selamat menjamu - Jay the Editor.




Hot & roll Egg & Cheese
Nasi Minyak Daging Hitam
Nasi Minyak Ayam Merah

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :