Sempena cuti panjang yang lepas, kami telah berpeluang untuk bercuti ke pulau lagenda, Pulau Langkawi di Kedah. Memandangkan perjalanan yang agak jauh sekiranya memandu sendiri, kami membuat keputusan untuk menaiki Air Asia dan perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam dari LCCT ke Langkawi. Perancangan asal adalah menginap di area Pantai Chenang tetapi memandangkan semua hotel "fully booked", kami menginap di Eagle Bay Hotel. (http://www.eaglebay.com.my). Kalau berminat bolehlah layari website berikut. Anyway, kalau tengok website memang gambar-gambar nampak menarik tetapi bilik yang kami dapat tidaklah secantik di dalam website. Mungkin itu adalah "marketing strategy" pihak syarikat :). Setibanya di airport, kami telah bertemu dengan agen yang menguruskan kenderaan sepanjang kami berada selama 3 hari di sana dan diberi penerangan tempat-tempat yang boleh dilawati sepanjang di Langkawi.
Hari Pertama
http://www.cuti.com.my/Sub/Kedah/Langkawi/langkawi_underwater_world.htm
Hari Kedua
Kereta kabel dan Mangrove Tour adalah destinasi kami seterusnya pada hari kedua. Kereta kabel ini adalah yang terpanjang didunia iaitu 2.2km. Lebih panjang dari kereta kabel yang terdapat di Switzerland. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.Satu gondola boleh memuatkan 6 orang penumpang dan sebelum berlepas, ada jurugambar yang akan mengambil gambar untuk kenang-kenangan. Untuk maklumat lanjut berkaitan kereta kabel sila layari
Di puncak gunung ini juga terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit. Untuk ke jambatan ini anda kena melalui sedikit hutan bukit dan perlu mendaki banyak anak tangga.Pengalaman menaiki kereta kabel adalah pengalaman yang jangan dilepaskan sekiranya anda tiba di Langkawi!
Mangrove Tour pula kami dibawa melawat menggunakan bot selama 2 jam. Pelbagai pemandangan menarik boleh dilihat seperti melihat sendiri burung helang dan pulau-pulau yang terdapat disepanjang perjalanan bot. Bagi anda yang inginkan pertanyaan lanjut berkaitan Mangrove Tour bolehlah layari website berikut
http://www.langkawiguide.com/mangrove.php.
MANGROVE TOUR
Hari Ketiga
Destinasi seterusnya di Langkawi ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan Dataran Lang. . Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
MAKAM MAHSURI
DATARAN LANG
BERAS TERBAKAR
Kepada anda yang inginkan maklumat lanjut berkaitan percutian di Langkawi, boleh dapatkannya di
http://www.langkawi-info.com