Jumaat, 19 Februari 2021
Siapa Cakap Makan di KBB Burger & Steak Mahal?
Siapa pernah dengar KBB Burger & Steak? KBB Burger & Steak ini terletak di Kota Bharu Kelantan. Memang dah agak lama ingin berkunjung ke KBB Burger & Steak ini sebab ramai yang cakap masakan di KBB ni sedap :).
Pertama kali kami melangkah masuk ke KBB Burger & Steak ini memang sudah nampak aura yang tak sama dengan restoren lain. Dengan lighting, kitchen, dining area dan perkhidmatan yang disediakan memang sangat profesional berbanding restoren yang lain. Sangat mendamaikan bila berada di dalamnya.
Pilihan makanan pula ada pelbagai. Kami telah memilih sajian Steak Wagyu dan Steak Angus. Walaupun nampak agak mahal tetapi sebenarnya tidak. Harga sangat mampu milik.
KBB menjual steak mengikut gram dan walaupun tebal harga tidaklah semahal di tempat lain. Bila dah mencuba pasti akan rasa berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Steak yang disajikan di sini memang sangat juicy terutama wagyu.
Pengalaman menjamu steak di sini satu pengalaman yang terbaik dengan persekitaran yang relax, steak yang disediakan dengan sempurna, service yang sangat baik dan staf yang friendly.
Sekiranya anda berada di Kota Bharu anda patut mencuba dan merasai sendiri keenakan steak di sini dan pasti akan datang lagi :).
Bagi yang ingin mencuba boleh ke lokasi berikut:
KBB Burger & Steak, No 2713 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan
Ikuti KBB Burger & Steak di media sosial
Facebook  : kbbburgerandsteak
Instagram : kbbburgerandsteak
Youtube     : KBB Burger and Steak
Contact      : +6010-2581001
Selamat menjamu selera di KBB Burger & Steak :)
Jumaat, 12 Februari 2021
Resepi : Tomyam Ayam Tanpa Perencah
Dalam umur yang dah makin meningkat ni, kalau boleh nak cari resepi-resepi mudah yang sihat tapi still sedap dimakan. Kalau diikutkan penggunaan perencah segera yang ada dipasaran ni memang tak bagus sebenarnya tapi kalau nak makan sekali sekala boleh sebenarnya kalau nak ubah selera kan.
Kalau sebelum ni saya masak tomyam guna perencah segera, hari ini saya nak cuba masak tomyam tanpa perencah. Rasa masih sama dan sedap :)
Bahan-bahan
1. Ayam yang telah dipotong dadu
2. 3 biji tomato (dibelah 4)
3. Lobak (dipotong kecil)
4. 2 biji bawang besar (dibelah 4) - kalau suka bawang boleh tambah lagi
5. Kacang Panjang (dipotong)
6. Lain-lain sayur yang dirasakan sesuai
7. Cili api (diketuk) - nak pedas boleh letak banyak
8. Cili kisar - 2 sudu (terpulang tahap kepedasan)
9. Daun limau purut
10. Serai (diketuk)
11. Air asam limau kasturi/lemon - kalua suka masam boleh letak banyak
Cara masak
1. Panaskan sedikit sahaja minyak
2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga masak
3. Masukkan serai
4. Masukkan air
5. Bila air dah mendidih sedikit masukkan ayam.
6. Masukkan tomato, lobak,bawang besar, kacang panjang, cili api dan lain-lain sayur
7. Masukkan daun limau purut dan air asam limau/lemon, garam secukup rasa
8. Siap untuk dimakan
Mudah kan? Bahan-bahan pun senang nak cari dan cepat untuk dimasak. Boleh la dijadikan koleksi resepi untuk bulan Ramadhan nanti :)
Nota : Boleh tambah selera dengan telur dadar panas :)
Khamis, 11 Februari 2021
Resepi : Karipap Sardin Roti Gardenia
Mesti pening kan kalau setiap hari nak kena pikir sarapan apa nak buat esok. Terutama masa PKP ni yang memang banyak masa dihabiskan di rumah.
Resepi kali ni saya nak share resepi Karipap Sardin Roti Gardenia. Cara yang sangat mudah dan jimat masa nak buat. Bahan-bahan confirm la senang nak cari kan.:)
Bahan-bahan
1. Roti Gardenia kecil (nak yang besar pun boleh)
2. 1 tin sardin kecil
3. Bawang besar atau bawang kecil (dihiris)
4. Cili api (kalau nak pedas boleh letak banyak) - dipotong
5. Cili merah (kalau tak nak cili api boleh ganti cili merah ni) - dipotong
Cara masak
1. Asingkan isi dan kuah sardin
2. Lenyek kan isi sardin dan campurkan dengan bawang, cili api/cili merah
3. Masak sardin tadi dalam 5-10 minit
4. Ambil sekeping roti dan tekan supaya permukaan roti tadi nipis sedikit
5. Letakkan sedikit sardin yang dah dimasak tadi
6. Lipat roti tadi dan tekap dengan cawan atau apa sahaja yang sesuai (pastikan permukaan cawan tu tajam sedikit supaya mudah roti tadi terputus)
7. Ulang sampai selesai untuk kepingan roti yang lain
8. Masak dalam minyak yang tidak panas (api perlahan)
9. Dah siap :)
Selamat mencuba :)
Isnin, 9 November 2020
Resepi : Kacang Buncis Bilis Goreng Belacan
Beberapa hari lepas tekak terasa nak makan bubur tapi tak tahu nak makan bubur dengan apa selain ikan bilis dan sambal. Teringat pula dalam peti ais ada kacang buncis ni. Selain boleh buat kacang buncis telur, boleh juga cuba untuk buat kacang buncis bilis goreng belacan ni.
Nak buat pun senang, bahan-bahan mudah nak dapat. Jom kita tengok resepi ni.
Bahan-bahan
1. Kacang buncis
2. Cili kering yang dikisar
3. Cili api, bawang putih, bawang merah dan cili merah ditumbuk/kisar
4. Belacan  bersama bahan di nombor 2
5. Ikan bilis
Cara masak
1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. Tumis cili api, bawang putih, bawang merah, belacan dan cili merah yang dikisar/tumbuk tadi
3. Masukkan cili kering yang dikisar tadi
4. Garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan kacang buncis
6. Bila kacang buncis dah agak masak tutup api dan biarkan sebentar sehingga sejuk baru masukkan ikan bilis tadi bagi memastikan ikan bilis kekal garing
7. Dah boleh makan dengan nasi panas dan kicap atau bubur :)
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya
Resepi : Ayam Kukus Thai
Resepi kali ini lebih kepada resepi sihat. Tak ada lemak tak ada minyak. Sesuai untuk yang ingin menjaga Kesihatan dan dan berdiet.
Ayam kukus thai satu hidangan sihat yang sangat mudah nak disediakan. Jom kita tengok cara masak resepi ini.
Bahan-bahan
1. Ayam (boleh dipotong kecil dan dipotong besar, ikut masing-masing)
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan cili api ditumbuk kasar (kalau nak pedas boleh lebihkan cili api)
3. Serai di tumbuk
4. Bawang besar di potong bulat
5. Cili merah dipotong
6. Lobak dipotong kecil
7. Tomato
8. Air limau Kasturi
Cara masak
1. Gaulkan ayam dengan bahan yang ditumbuk kasar tadi (No 2)
2. Tambahkan air kalau nak berkuah
3. Masukkan serai
4. Kukus ayam tersebut
5. Bila dah agak masak ayam yang dikukus tadi, masukkan bawang besar, cili merah, lobak dan tomato tadi
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan air limau kasturi
8. Sedia untuk dimakan
(Boleh masukkan sayur lain sekiranya suka)
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya
Iklan : Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK)
Pada yang ingin menjadi sebahagian daripada kami untuk menambah pendapatan sebagai peniaga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Resepi : Ikan Bakar Sumbat
Time2 PKPB ni masak yang simple2 dah memadai kan? Yang simple,bahan mudah nak cari, dan tak renyah nak sediakan. Saya memang peminat ikan bakar. Cicah pula dengan kuah kicap atau kuah asam...memang terangkatlah bila makan kan. So bila pikir-pikir nak masak apa, terpikir nak masak ikan sumbat jugak. Apa kata kita buat saja ikan bakar sumbat. :)
Selalunya kalau ikan bakar saya guna ikan cencaru. Sisik yang keras tu jangan dibuang supaya masa kita bakar nanti isi tu tak melekat dan hancur. Kalau nak buat ikan kakar sumbat so di belakang ikan tu tu dibelah untuk kita masukkan sambal.
Bahan-bahan
1. Ikan cencaru 2 ekor - sisik tidak dibuang dan dibahagian belakang ikan dibelah
2. Cili merah *
3. Bawang putih *
4. Bawang merah *
5. Cili api *
6. Cili kering kisar
7. Belacan
8. Asam jawa
(Bahan yang bertanda * dikisar sekali)
Cara masak
(Sambal)
1. Masakkan sambal yang ingin disumbat di belakang ikan dahulu
2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi
3. Tambahkan cili kering kisar sedikit
4. Garam dan gula secukup rasa
5. Air asam jawa sedikit
6. Sambal yang telah siap masak tadi sumbatkan di belakang ikan tadi
7. Bakar ikan
(Kuah kicap)
1. Potong bawang merah dan cili api
2. Masukkan kicap
3. Masukkan air limau Kasturi
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya
Resepi : Ikan Goreng Sambal
Selamat berPKPB semula semua :)… Nampaknya kebanyakan negeri telah pun PKPB dan ini bermaksud pergerakan kita terbatas. Ada yang bekerja dari rumah (work from home), penggiliran kerja dan sebagainya. Bila dah PKPB ni maknanya dapur mula lah berasap balik setiap hari kan. Anak-anak tak bersekolah membuatkan dapur kita aktif kan  berasapnya. :)
Okaylah….resepi kali ini ialah Ikan Goreng Sambal. Anak-anak mesti suka, lebih2 lagi kalua masakan ni tak pedas. Untuk cili kering saya memang guna cili yang tak pedas langsung so boleh guna cili yang banyak untuk mendapatkan sambal yang banyak.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak resepi ini.
Bahan-bahan
1. Ikan 3 ekor (Ikan yang saya selalu guna ialah ikan selar atau kembung)
2. Cili kering kisar
3. Bawang besar 1 biji - ditumbuk atau kisar
4. Bawang putih 3 ulas - ditumbuk atau kisar
5. Bawang besa- dipotong bulat
6. Asam jawa atau asam keping
Cara masak
1. Goreng ikan terlebih dahulu dan tidak terlalu garing
2. Tumis bawang besar dan putih yang ditumbuk/kisar tadi sehingga naik bau
3. Masukkan cili kisar. Kalau nak banyak sambal boleh lebihkan bawang besar kisar dan cili kisar tadi
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan air asam jawa atau asam keping
6. Goreng sehingga cili kisar tadi masak
7. Masukkan bawang yang dipotong bulat tadi dan jangan terlalu lama
8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
9. Siap untuk di makan :)
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya
Sabtu, 12 September 2020
Kursus Asas Kemahiran Pembangunan Blog & Website Siri 2
Atas permintaan berikutan maklumbalas yang baik pada kelas yang lepas, Kursus Asas Kemahiran Pembangunan Blog & Website Siri 2 telah diadakan pada 12 September 2020 (Sabtu) di Pangsapuri Damai Mewah B.
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 15 Majlis Perbandaran Kajang En.Lee Learn Eng. Turut memeriahkan program adalah tetamu daripada MPP Zon 14 Majlis Perbandaran Kajang En Saharuddin bin Budin.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri program ini bagi meningkatkan kemahiran pemasaran melalui pembangunan blog dan laman web.
Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Kajang, Team Selangor, KRT Pangsapuri Damai Mewah B dan website rasmi LEPAK.
Kelas secara 'live' bagi pelajar yang tidak dapat hadir secara online juga telah diadakan di bawah kelolaan SWIN TV.
Pengerusi KRT Pangsapuri Damai Mewah, Ahli Majlis Zon 15, Ahli Majlis Zon 14 dan Pengurus Zon Team Selangor
Kredit gambar : Facebook Team Selangor
Jumaat, 11 September 2020
Pembangunan Blog 2020 : Cara Buat Drop Down Menu Di Header Menu Blog
Tutorial kali ini ialah bagi menghasilkan drop down menu di header menu di dalam blog seperti gambar di atas.
1. Dashboard > Theme > Edit HTML
2. Pada kod HTML, cari kod berikut ]]><b:skin>
3. Paste kan kod berikut di atas kod pada langkah 2 tadi
.tabs-inner .widget li ul {
z-index:
100; position: absolute;
left: -999em; height: auto; margin: 0; padding: 0;
border: 1px solid #999999;
.tabs-inner .widget li ul, .tabs-inner .widget li ul a,
.tabs-inner .widget li ul li:first-child a {
-moz-
border-radius: 0px; -webkit-border-radius: 0px;
-goog-ms-
border-radius: 0px; border-radius: 0px;
.tabs-inner .widget li:hover ul, .tabs-inner .widget li.sfhover ul {
left: auto;
.tabs-inner .widget li li a:hover, .tabs-inner .widget li li a:active {
color: #ffffff; background: rgb(51, 102, 153);
.tabs-inner .widget li ul a {
display: block; padding-left: 1.25em; padding-right: 1.25em;
margin-left: 0px; margin-right: 0px; border: none;
color: #000000; background: rgb(243, 244, 246); } .tabs-inner .widget li ul, .tabs-inner .widget li ul a {
width: 220px;
5. Letakkan kod berikut di bawah <b:/loop>
Menu
Sub Menu 1
Sub Menu 2
Sub Menu 3
6. Boleh tukar teks Menu dan Sub Menu ikut kesesuaian dan letakkan link di URL. Selamat mencuba :)